Burung ajuk-ajuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung ajuk-ajuk
Burung ajuk-ajuk Utara
Mimus polyglottos
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Famili: Mimidae
Genera

Melanotis
Mimus
Nesomimus

Burung ajuk-ajuk merupakan kumpulan burung passerine Dunia Baru yang berasal daripada keluarga Mimidae. Burung ini mempunyai beberapa spesies yang sifatnya suka mengajuk lagu daripada burung lain dan bunyi daripada serangga dan amfibia,[1] selalunya berbunyi kuat dan dalam pewarisan yang pesat. Terdapat sebanyak 17 spesies dalam tiga genera. Perkara ini tidak membentuk keturunan monofili: Mimus dan Nesomimus berkait rapat; saudara-mara terdekat yang hidup adalah beberapa ekor burung thrasher, seperti Burung Thrasher Sage. Melanotis adalah sangat berbeza; serta mewakili keturunan purba basal Mimidae.[2][3]

Spesies dalam turutan taksonomi[sunting | sunting sumber]

Darwin dan burung ajuk-ajuk[sunting | sunting sumber]

Burung ajuk-ajuk Chile, Mimus thenca

Apabila tinjuan menerusi pelayaran HMS Beagle di Pulau Galápagos dilakukan bermula daripada September hingga Oktober 1835, ahli alamiah Charles Darwin telah menemui burung ajuk-ajuk Mimus thenca berbeza dari pulau ke pulau, dan berkait rapat dari segi rupa burung ajuk-ajuk daripada tanah besar Amerika Selatan. Hampir setahun kemudian, beliau menulis nota selepas pulang daripada pelayaran tersebut dan menjangkakan burung ajuk ajuk dan kura-kura Galápagos boleh menjejaskan kestabilan doktrin spesies. Penemuan ini merupakan yang pertama pernah direkodkan berkenaan kesangsian beliau mengenai spesies yang tidak berubah, serta menyakinkannya untuk mempercayai transmutasi spesies dan seterusnya, evolusi.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 10000birds.com
  2. Hunt, Jeffrey S.; Bermingham, Eldredge; & Ricklefs, Robert E. (2001): "Molecular systematics and biogeography of Antillean thrashers, tremblers, and mockingbirds (Aves: Mimidae)." Auk 118(1): 35–55. DOI:10.1642/0004-8038(2001)118[0035:MSABOA]2.0.CO;2
  3. Barber, Brian R.; Martínez-Gómez, Juan E. & Peterson, A. Townsend (2004) "Systematic position of the Socorro mockingbird Mimodes graysoni." J. Avian Biol. 35: 195–198. doi:10.1111/j.0908-8857.2004.03233.x
  4. Keynes 2001, halaman xix.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]