C7P

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
traktor artileri C7P artillery
300px
Brigade Hitam bersama C7P
Jenis Traktor artileri
Asal Bendera Poland Poland
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1934 - 1939 (Poland)
Digunakan oleh Poland, Nazi Germany
Sejarah pengeluaran
Pereka Witold Jakusz
Tarikh cipta 1931 - 1934
Pengeluar PZInż
Tarikh pengeluaran 1934 - 1939
Jumlah dibina 151
Spesifikasi
Berat 8.5 t
Panjang 4.60 m
Lebar 2.40 m
Tinggi 2.40 m
Krew 8

Enjin PZInż. 235 disel
115 hp
Sistem
ampaian
leaf spring bogie
Jarak
operasi
150 km
Kelajuan 26 km/h


C7P (ringkasan bagi Ciągnik Siedmiotonowy Polski, "7-tan Traktor Poland") adalah traktor artileri trek berantai Poland, yang digunakan oleh Tentera Poland sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Traktor in dibangunkan oleh bureau reka bentuk Witold Jakusz dari syaikat PZInż antara 1931 dan 1934.

Pada tahun 1931 Poland membeli beberapa dozen kereta kebal Vickers E British dan lesen bagi membina kereta kebal tambahan di Poland. Tentera Poland juga turut menimbang pembelian traktor artileri Dragon Medium Mk IV yang sedang dibina, brasaskan Vickers E, tetapi pembelian tersebut tidak berlaku. Oleh kerana kereta kebal British dianggap tidak sesuai bagi perkhidmatan dalam cuaca Poland dan pengubah suaian diperlukan, ia diputuskan bahawa kereta ebal Poland yang sama dibina sebagai pengubahsuaikan kepada reka bentuk Vickers. Kereta kebal ini, pada asalnya diberikan nama kod VAU-33, melalui masa menjadi 7TP. Serentak, kerja dimulakan bagi traktor artileri baru bagi Tentera Poland yang akan menggantikan traktor Citroën-Kegresse yang dibina di Perancis pada awal 1920-an. Kelebihan utama model baru traktor artileri model baru, digelar C6P, C6T dan akhirnya C7TP adalah harganya yangrendah, mudah dikilangkan dan ketahanannya. Bagi tujuan itu, C7P berkongsi banyak bahagiannya dengan kereta kebal ringan 7TP, yang dihaslkan serentak. Malah kerangkanya hampir salinan langsung kereta kebal, sementara struktur utama adalah dipinjam sebahagiannya dari bas Saurer yang dibina di bawah lesen.

Pada tahun 1933 dua prototaip pertama dibina di Kilang Traktor Ursus bagi PZInż. C6P memiliki enjin yang diletakkan di hadapan dan menggunakan pancuan roda hadapan, sementara C6T memiliki enjin yang diletakkan dibelakang ruang krew dan menggunakan pancuan roda belakang. Selepas siri ujian C6P telah dipilih sebagai pilihan lebih baik. Malah traktor baru, kemudian dinamakan semula sebagai C7P, adalah lebih baik berbanding kenderaan semasa dengannya, terutama Dragon Medium Mk IV British dan T-26T Soviet, kedua-dua dari segi kuasa dan peralatan tambahan. Projek akhir termasuk ruang krew tertutup dan winch bermotor.

Pengeluaran dimulakan pada tahun 1934. Dari sekitar 350 yang ditempah, hanya 151 dibina sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Sekitar 108 telah dijual pada unit artileri, di mana C7P telah digunakan sebagai traktor artileri dalam regime artileri terberat, kebanyakannya bagi menunda motar 220 mm wz.32 Škoda berat. Tambahan 18 traktor telah diletakkan pada pelbagai unit kereta kebal, kebanyakkannya Brigade Kalavari Bermotor Poland ke-10 bagi menunda kereta kebal lumpuh dan bagi mengangkut kereta kebal ke medan pertempuran pada pelatar tunda direka khusus. Akhirnya, dua traktor telah dihantar pada unit kejuruteraan bagi pembaikpulih jalan dan memusnahkan landasan kereta api sekiranya perang meletus. Sehingga tahun 1942 tambahan 52 elah dihantar kepelbagai perkhidmatan masyarakat, di mana ia digunakan sebagai penolak salji bagi mengekalkan jalan terbuka sekiranya perang meletus. Semasa Perang Pertahanan Poland pada tahun 1939 semua C7P telah digunakan dalam perkhidmatan aktif. Kebanyakannya telah ditawan oleh Jerman dan digunaka sebagai mesin tunda dan penolak salji sehingga sekurang-kurangnya 1941. Tiada contoh C7P yang diketahui terselamat hingga hari ini. Bagaimanapun, satu badan C7P tunggal dijumpai berhampiran Volgograd beberapa tahun dahulu. Badan ini dipulihkan dengan menara kecil BT-5 atau BT-7 dan kini kelihatan seperti kereta kebal T-26. Ia kini dipamerkan di Taman Victory, Poklonnaya Gora di Moscow [1]

Nota[sunting | sunting sumber]