Caruk pasang surut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Caruk pasang surut

Caruk pasang surut, atau sungai pasang surut dan saliran pasang surut ialah serokan atau muara sempit yang dipengaruhi oleh pasang surut air laut.[1] Oleh itu, saliran ini mempunyai kemasinan yang berubah-ubah dan kekonduksian elektrik sepanjang kitaran pasang surut, dan membuang garam dari tanah pedalaman. Caruk pasang surut dicirikan oleh halaju air yang perlahan, lalu mengakibatkan pengumpulan sedimen organik yang halus di tanah lembap. Caruk ini selalunya menjadi saluran kering hingga berlumpur dengan sedikit atau tiada aliran air semasa air surut, tetapi dengan kedalaman air yang ketara semasa air pasang.[2]

Disebabkan oleh kebolehubahan waktu bagai parameter kualiti air dalam zon yang dipengaruhi pasang surut, terdapat biom unik yang dikaitkan dengan caruk pasang surut yang selalunya khas untuk zon tersebut. Nutrien dan bahan organik dihantar ke hilir sungai ke habitat, manakala caruk juga uga menyediakan capaian ke habitat pedalaman untuk organisma air masin.[2] Caruk pasang surut biasanya mengalir di kawasan yang berpaya bakau dan hutan tebal di dataran pinggir laut.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Healy, Terry R. (2005), "Tidal Creeks", dalam Schwartz, Maurice L. (penyunting), Encyclopedia of Coastal Science (dalam bahasa Inggeris), Dordrecht: Springer Netherlands, m/s. 949–950, doi:10.1007/1-4020-3880-1_313, ISBN 978-1-4020-3880-8, dicapai pada 2021-04-02
  2. ^ a b Zedler, Joy B., penyunting (2001). "Hydrology and Substrate". Handbook for Restoring Tidal Wetlands. CRC Press.
  3. ^ "caruk pasang surut". Ensiklopedia – Arnhem Land (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Februari 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]