Organisma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hidupan di Bumi
Julat zaman: Arkean atau lebih awal– Kini
Sel Escherichia coli ini merupakan contoh mikroorganisma prokaryot
Pengelasan saintifik
(tiada peringkat): Hidupan di Bumi (Gaeabionta)
Domain dan Alam
Cendawan polipor mempunyai hubungan parasit dengan perumahnya
Kulat mikoriza erikoid

Dalam biologi, organisma (juga dieja organisme) ialah sistem hidupan berdampingan (seperti binatang, kulat, mikroorganisma, atau tumbuhan). Semua organisma berupaya bertindak balas dengan rangsangan, membiak, bertumbuh dan berkembang, dan pengekalan homeostasis. Setiap organisma berbentuk sama ada unisel (satu sel) ataupun multisel (berbilang sel), iaitu terdiri daripada lebih daripada satu (sehingga bertrilion-trilion) sel yang terkumpul kepada tisu-tisu dan organ-organ yang khusus.

Pengelasan saintifik dalam biologi menganggap organisma sebagai bersinonim dengan hidupan di Bumi. Berasaskan jenis sel, organisma boleh dibahagikan kepada kelompok prokariot dan eukariot. Prokariot mewakili dua domain yang berasingan, iaitu Bacteria dan Archaea. Organisma-organisma eukariot dengan nukleus sel yang dilitupi membran, juga mengandungi organel, iaitu mitokondria dan (bagi tumbuhan) plastid, yang umumnya dipercayai berpunca dari bakteria endosimbiotik.[1] Kulat, haiwan dan tumbuhan merupakan eukariot.

Asal-usul istilah[sunting | sunting sumber]

Istilah "organisma" berasal dari bahasa Yunani ὀργανισμός – organismos, dari bahasa Yunani Purba ὄργανον –organon, "alat (deria atau tanggapan)"[2], dan berhubung kait langsung dengan istilah "organisasi". Juga terdapat tradisi lama yang mentakrifkan organsima sebagai defining organisms as self-organizing beings.[3]

Pengertian[sunting | sunting sumber]

Istilah organism boleh secara luasnya memaksudkan sehimpunan molekul yang berfungsi sebagai satu jasad yang sedikit sebanyak stabil dan menunjukkan sifat-sifat kehidupan. Bagaimanapun, banyak sumber yang mengusulkan takrifan-takrifan yang mengecualikan virus serta bentuk hidupan bukan organik buatan manusia yang difikirkan boleh dari seg teori.[4] Virus amat bergantung pada jentera biokimia sel perumah untuk membiak.

Chambers Online Reference memberikan takrifan yang lebih luas, iaitu: "sebarang struktur yang hidup, seperti tumbuhan, haiwan, kulat atau bakteria, yang mampu tumbuh dan membiak".[5]

Dari segi multisel, "organisme" lazimnya memerikan satu himpunan sistem yang bertatatingkat (misalnya peredaran, pencernaan, atau pembiakan) yang terdiri daripada himpunan organ; dan organ-organ ini terdiri daripada himpunan tisu, dan tisu ini terdiri daripada sel-sel. Bagi sesetengah tumbuhan serta nematod Caenorhabditis elegans, sel-sel individunya adalah totipoten.

Superorganisme ialah sejenis organisme yang terdiri daripada berbilang individu yang berfungsi bersama-sama sebagai satu unit sosial atau fungsi.

Virus[sunting | sunting sumber]

Virus lazimnya tidak dianggap sebagai organisme kerana tidak mempu membiak, tumbuh atau bermetabolisme secara sendirian. Pertikaian ini menimbulkan masalah kerana sesetengah organisma bersel juga tidak mampu bermandiri dengan sendirian (tetapi mampu bermetabolisme dan membiak sendirian) dan hidup sebagai parasit intrasel yang obligat. Sungguhpun virus hanya ada sebilangan kecil enzim dan molekul yang memang sifat bagi organisma hidup, namun ia tiada metabolisme sendiri dan tdak boleh mensintensiskan dan menyusun atur sebatian-sebatian organik yang membentuknya. Sewajarnya, pembiakan secara sendirian adalah tidak mungkin, maka virus hanya boleh direplikakan secara pasif oleh jentera sel perumah. Dalam erti ini, virus adalah serupa dengan jirim yang tidak bernyawa. Biarpun virus tiada metabolisme yang tersendiri, oleh itu sukar dianggap sebagai organisma, namun ia memiliki gen-gen tersendiri dan mampu berevolsui menerusi mekanisme-mekanisme yang serupa dengan evolusi organisma.

Peristilahan organisasi[sunting | sunting sumber]

Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik. Spesies Genus Famili Order Kelas Filum Alam Domain Hidupan

Magnify-clip.png
Hierarki pengelasan biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama. Pangkat pertengahan tidak ditunjukkan.

Kesemua organisma dikelaskan oleh sains taksonomi alfa kepada takson atau klad.

Takson ialah kumpulan organisma yang berpangkat, dari yang am (domain) hinggalah yang terperinci (spesies). Skema pangkat am mengikut tertib tatatingkat adalah seperti berikut:

  1. Domain
  2. Alam
  3. Filum
  4. Kelas
  5. Order
  6. Famili
  7. Genus
  8. Spesies

Sebagai contoh, Homo sapiens merupakan binomial Latin yang bersamaan dengan manusia. Menurut teori, kesemua ahli spesies sapiens sekurang-kurangnya mampu berkacuk secara genetik. Sesetengah spesies juga boleh tergolong dalam genus, tetapi ahli-ahli yang berbeza spesies dalam sesuatu genus itu tidak mampu berkacuk untuk menghasilkan anak yang subur. Namun demikian, Homo cuma ada satu spesies yang tinggal (sapiens), memandangkan Homo erectus, Homo neanderthalensis, dsb. telah pupus ribuan tahun yang lalu. Sebilangan genus tergolong dalam satu famili, sebilangan famili dalam satu order dan sebagainya. Akhir sekali, alam yang berkaitan (Animalia bagi manusia) terletak dalam salah satu daripada tiga domain yang bergantung pada ciri-ciri genetik dan struktur yang tertentu.

Kesemua organisme hidup yang dikenali dalam sains dikelaskan oleh sistem in supaya nampak jelas hubung kait dan keserupaan genetik sesama spesies dalam famili berbanding sesama spesies dalam filum sahaja.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Semua organisma terdiri daripada unit-unit monomerik yang dipanggil sel; ada yang hanya terdiri daripada satu sel (unisel) dan yang lain pula terdiri daripada berbilang sel (multisel). Organisma yang multisel mampu mengkhususkan sel-sel untuk melakukan fungsi-fungsi tertentu. Sekelompok sel dipanggil tisu, dan terdapat empat jenis tisu bagi haiwan, iaitu epitelium, tisu saraf, tisu otot, dan tisu penghubung. Tisu-tisu yang pelbagai jenis ini bergabung untuk membentuk organ untuk melakukan fungsi yang tertentu (seperti jantung yang mendenyutkan darah, ataupun kulit yang melindungi jasad daripada persekitaran). Organ-organ juga bergabung untuk membentuk sistem organ yang membolehkan pembiakan, pencernaan, dsb. Kebanyakan organisme multisel terdiri daripada berbilang sistem organ yang berfungsi serentak untuk membolehkan kehidupan.

Sel[sunting | sunting sumber]

Teori sel yang mula-mula dikembangkan oleh Schleiden dan Schwann pada tahun 1839, menyatakan bahawa semua organisma terdiri daripada satu sel ke atas; semua sel berpunca dari sel-sel yang prawujud (wujud sebelumnya); semua fungsi penting dalam sesebuah organisma berlaku dalam sel, dan sel mengandungi maklumat kebakaan yang perlu untuk mengawal fungsi sel serta memancarkan maklumat kepada generasi sel yang seterusnya.

Terdapat dua jenis sel, iaitu eukariot dan prokariot. Sel prokariot lazimnya hidup secara tunggal, sementara sel eukariot pula wujud dalam organisma multisel. Sel prokariot ketiadaan membran nukleus, maka DNA-nya tidak terkurung dalam sel; sel eukariot pula ada.

Semua sel, baik prokariot mahupun eukariot, dilitupi oleh membran untuk mengasingkan isi dalamnya daripada persekitaran luarnya, mengawal apa yang keluar masuk sel itu, serta memelihara potensi elektrik sel. Di dalam membran itu wujudnya satu sitoplasma garam yang mengisi kebanyakan isipadu sel. Semua sel memiliki DNA, iaitu bahan kebakaan gen, dan RNA yang mengandungi maklumat yang perlu untuk menghasilkan pelbagai protein seperti enzim, iaitu jentera utama sel. Juga terdapat lain-lain jenis biomolekul dalam sel.

Semua sel sedikit sebanyak berkongsi beberapa sifat yang berikut:[6]

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Salah satu parameter asas sesebuah organisma ialah jangka hayatnya. Ada yang hidup hanya tidak lebih sehari, dan ada juga (khususnya tumbuhan dan kulat) yang mampu hidup ratusan atau ribuan tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. T.Cavalier-Smith (1987) The origin of eukaryote and archaebacterial cells, Annals of the New York Academy of Sciences 503, 17–54
  2. ὄργανον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  3. Kant I., Critique of Judgment: §64.
  4. "organism". Oxford English Dictionary (edisi online). 2004. 
  5. "organism". Chambers 21st Century Dictionary (edisi online). 1999. 
  6. Universal Features of Cells on Earth in Chapter 1 of Biology of the Cell fourth edition, edited by Bruce Alberts (2002) published by Garland Science.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]