Tanah lembap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Florida's Everglades, the largest wetland system in the United States.[1]
Biom
Biom daratan
Tundra
Taiga, hutan boreal
Padang rumput dan tanah semak gunung
Hutan konifer sederhana
Hutan konifer tropika dan subtropika
Hutan daun lebar dan campur sederhana
Hutan, hutan jarang dan belukar Mediterranean
Hutan daun lebar lembap tropika dan subtropika
Hutan daun lebar kering tropika dan subtropika
Padang rumput, savana, dan tanah semak sederhana
Padang rumput, savana, dan tanah semak tropika dan subtropika
Gurun dan tanah semak xeros
Padang rumput dan savana terendam
Riparian
Tanah lembap
Biom akuatik
Kolam
Zon litorak, pasang surut
Hutan bakau
Hutan kelpa
Terumbu karang
Zon neritik
Pentas benua
Zon pelagik
Zon bentos
Lohong hidroterma
Resapan sejuk
Ais sarah
Biom lain
Zon endolitos

Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yang tanihnya tertepu dengan kelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.[2] Antara jenis-jenis tanah lembap termasuk paya, rawang, dan bencah. Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasa masin, tawar, atau payau. Tanah lembap terbesar di dunia ialah Pantanal yang merentangi negara-negara Brazil, Bolivia dan Paraguay di Amerika Selatan.

Tanah lembap dianggap sebagai ekosistem yang paling besar sekali kepelbagaian biologinya. Tanah lembap diperkaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, mensiang, rusiga, sipres, pokok gam, dan banyak lagi; serta fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies amfibia, reptilia, burung, serangga, dan mamalia.[3]

Di pelbagai tempat, seperti United Kingdom, Iraq, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, tanah lembap menjadi tempat usaha pemuliharaan dan Rancangan Tindakan Biodiversiti.

Tanah lembap juga berfungsi sebagai sistem penulenan air buangan yang semula jadi, misalnya di Kolkata, India[4] dan Arcata, California, AS.[5]

Kajian tanah lembap kini juga diberi istilah paludologi dalam bahan-bahan bacaan.[6]

Penakrifan teknikal[sunting | sunting sumber]

Tanah lembap telah dikategorikan sebagai biom dan ekosistem.[3] Sesebidang daratan yang mendapat takungan air selepas ribut hujan tidak wajar dikira sebagai "tanah lembap" semata-mata kerana tanahnya menjadi lembap. Tanah lembap ada ciri-ciri yang unik, yang mana ia dibezakan dengan jasad air atau bentuk bumi yang lain berasaskan paras airnya dan jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya. Tanah lembap tertentu juga disifatkan mempunyai aras air bumi yang berdiri di atas atau dekat permukaan tanah selama satu musim setahun yang cukup lama untuk menampung tumbuhan air.[3][7][8] Secara ringkasnya, tanah lembap ialah tanah yang terbentuk daripada tanah hidrik.

Tanah lembap juga diperikan sebagai sejenis ekoton yang menyediakan peralihan antara tanah kering dan jasad air.[9] Mitsch dan Gosselink menulis bahawa tanah lembap wujud "...di ruang hubung kait antara ekosistem daratan dan perairan sejati, oleh itu memang berbeza dengan satu sama lain, tetapi amat bergantung pada kedua-duanya."[10]

Takrifan Konvensyen Ramsar[sunting | sunting sumber]

Mengikut perjanjian pemuliharaan tanah lembap antarabangsa Ramsar, tanah lembap ditakrifkan seperti berikut:

  • Perkara 1.1: "… kawasan paya, rawa, tanah gambut, baik secara semula jadi atau buatan, tetap atau sementara, dengan air tergenang atau mengalir, air tawar, payau atau masin termasuk juga perairan laut yang dalamnya tidak melebihi enam meter pada waktu air surut."
  • Perkara 2.1: "[Tanah lembap] boleh mengandungi kawasan tebing dan tepi pantai yang bersebelahan dengan tanah lembap, serta pulau atau jasad air laut yang dalamnya melebihi enam meter pada waktu air surut di dalam tanah lembap".

Takrifan setempat[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, tanah lembap ditakrifkan sebagai "kawasan yang dibanjiiri atau tertepu dengan air tanah pada kekerapan dan jangka masa yang cukup untuk menampung, dan dalam keadaan normal boleh menampung, tersebar luasnya tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tersesuai dengan kehidupan dalam keadaan tanah tepu. Tanah lembap secara amnya termasuk paya, rawa, bencah dan kawasan seumpamanya"[11]. Sesetengah negeri seperti Massachusetts dan New York mempunyai takrifan berasingan yang mungkin berbeza dengan peraturan persekutuan AS.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Suhu[sunting | sunting sumber]

Tanah lembap jelas berbeza dengan rupa bumi yang panas dan gersang di keliling Middle Spring, Fish Springs National Wildlife Refuge, Utah.

Suhu di tanah lembap banyak berbeza-beza mengikut tempat letaknya. Kebanyakan tanah lembap di dunia berada di tempat beriklim sederhana (di tengah jalan antara kutub dan khatulistiwa). Dalam zon-zon sedemikian, musim panasnya panas dan musim sejuknya sejuk, cuma suhunya tidak melampau. Namun begitu, tanah lembap yang ditemui di zon tropika, iaitu di sekitar khatulistiwa, sentiasa panas. Misalnya, suhu tanah lembap di Semenanjung Arab, boleh mencapai 50 °C (122 °F). Di Siberia timur laut yang beriklim kutub, suhu tanah lembap boleh menjunam serendah −50 °C (−58 °F). Di kawasan iklim sederhana pula, seperti Teluk Mexico, suhunya sekitar 11 °C (51 °F).

Curahan hujan[sunting | sunting sumber]

The amount of rainfall a wetland receives depends upon its location. Wetlands in Wales, Scotland, and Western Ireland receive about 150 cm (59 in) per year. Those in Southeast Asia, where heavy rains occur, can receive up to 1000 cm (200 in) In the northern areas of North America, wetlands exist where as little as 18 centimeters (6 inches) of rain fall each month


Tanah lembap dan perubahan iklim[sunting | sunting sumber]

Tanah lembap melakukan dua fungsi penting yang berkaitan dengan perubahan iklim. Ia mempunyai kesan tebatan menerusi kebolehannya untuk menadah karbon, serta kesan penyesuaian melalui kebolehannya untuk menakung dan mengawal air.

Tebatan[sunting | sunting sumber]

Hutan dan tanih paya gambut disalir, dibakar, digali dan diragut secara berlebihan sehingga menyumbang kepada perubahan iklim yang teruk. Oleh sebab tanah gambut hanya membentuk 3% kawasan darat sedunia, maka degradasi tanah ini bersamaan dengan 7% lepasan karbon dioksida (CO2) bahan api fosil sedunia. Kesan daripada penyaliran gambut, karbon organik yang dikumpul selama ribuan tahun yang lalu dan biasanya berada di dasar air, tiba-tiba terdedah kepada udara, lalu terurai dan bertukar menjadi karbon dioksida (CO2) yang terlepas ke dalam atmosfera. Kebakaran tanah gambut juga menyebabkan proses sebegitu, apatah lagi menghasilkan kepulan asap besar yang merentasi sempadan antarabangsa, dan begitulah yang terjadi di Asia Tenggara setiap tahun.

Dengan membina empangan, Wetlands International sedang menambat penyaliran tanah gambut di Asia Tenggara, sekaligus menghindari pengeluaran CO2 yang berlebihan. Usaha pemulihan hutan dengan spesies pokok asli serta pasukan bomba tetangga juga terlibat dalam pendekatan yang bersepadu dan berjimat, seperti yang diamalkan di Kalimantan Tengah dan Sumatera, Indonesia.

Penyesuaian[sunting | sunting sumber]

Pokok bakau, dataran banjir, tanah tinggi dan tanah lembap lain boleh mengurangkan kesan kerpasan berlebihan, ribut, peleburan glasier dan juga kenaikan paras air. Fungsi tanah lembap mengawal dan menadah adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah. Oleh itu, untuk melindungi orang-orang yang hidup berdekatan atau jauh di hilir sungai dari kawasan tanah lembap dan punca mata pencarian mereka, tanah lembap harus dipelihara dan dipulihkan supaya ia boleh terus memainkan peranan pentingnya.

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Tanah lembap sering menjadi mangsa kegiatan penyaliran besar-besaran untuk pembangunan hartanah, atau pembanjiran untuk dijadikan tasik rekreasi. Pada tahun 1993, separuh jumlah tanah lembap di dunia sudah tersalir.[12] Semenjak 1970-an, usaha pemeliharaan tanah lembap demi fungsi semula jadinya lebih banyak diberi penekanan, walaupun adakalanya boleh mendatangkan belanja yang lebih. Tanah lembap memberikan fungsi kawalan banjir yang berharga, dan juga berkesan sekali dalam penapisan dan pembersihan air yang tercemar[13] (yang selalu berpunca dari air larian pertanian dari ladang yang menggantikan tanah lembap pada mulanya). Untuk menggantikan khidmat ekosistem tanah lembap ini, sejumlah besar wang telah dibelanjakan untuk membina loji penulenan air dan langkah-langkah pemulihan, pembinaan empangan, tetambak dan bermacam-macam lagi kawalan banjir buatan manusia.

Konvensyen Ramsar[sunting | sunting sumber]

Templat:Utara Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa, Terutamanya Habitat Unggas Air, atau Konvensyen Ramsar, ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang dicipta untuk menangani kebimbangan sedunia mengenai kehilangan dan degredasi tanah lembap. Tujuan utama perjanjian ini adalah menyenaraikan tanah lembap yang berkepentingan antarabangsa serta memupuk penggunaannya secara bijak, selaras dengan matlamat utamanya untuk memelihara tanah lembap sedunia. Antara cara-caranya termasuk menyekat kemasukan ke sebahagian besar kawasan tanah lembap, serta mendidik orang ramai untuk membasmi tanggapan salah bahawa tanah lembap ialah tempat buangan.

Senarai jenis tanah lembap[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]