Cho Hatsumei Boy Kanipan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Chō Hatsumei Boy Kanipan (超発明BOYカニパン?, "Kanipan Si Budak Pencipta Handal") merupakan sambungan kepada siri anime Hatsumei Boy Kanipan. Siri ini disiarkan pada pertengahan tahun 1999 di Jepun melalui rangkaian TV Tokyo dan pada awal 2000-an di Malaysia melalui siaran TV3.

Plot[sunting | sunting sumber]

Lima tahun sudah berlalu semenjak berakhirnya kisah Hatsumei Boy Kanipan, dan watak utama yang bernama Kanipan sudah mencecah usia remaja dan lama mencapai nama sebagai seorang pencipta. Tetapi pada suatu hari, sebuah kapal misteri jatuh dari angkasa lalu terhempas di sebuah pantai. Di dalamnya terdapat seorang robot humanoid betina yang kehilangan segala ingatan dirinya. Maka, terpulanglah kepada Kanipan untuk memulihkan ingatan humanoid itu, dan dalam pengembaraan itu dia secara tidak sengaja menyedari bahawa planetnya diancam bahaya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]