Anime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wikipe-tan (maskot bagi anime di Wikipedia)

Anime (bahasa Jepun: アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak.

Cara menyebut perkataan anime[sunting | sunting sumber]

Perkataan Anime dijadikan melalui perkataan inggeris animation yang dibacakan sebagai a-ni-me-syon (アニメーション). Disebabkan kebiasaan orang Jepun untuk memendekkan perkataan katakana yang melebihi 4 huruf, syon(ション) dibuang dari perkataan a-ni-me-syon, menjadikannya a-ni-me (アニメ)sahaja. Istilah ini tidak digunakan sehingga pertengahan tahun 1960-an, di mana sebuah majalah Jepun mula membacakan animation sebagai anime. Dari sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah anime

Sejarah anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di Jepun hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu animasi tidak sepopular sekarang.

Generasi pertama anime[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1910-1920an, animator untuk anime termasuk Shimokawa Oten, Kouchi Jun'ichi, Kitayama Seitaro.

Tidak banyak pembuatan dari generasi ini yang masih terdapat di dunia sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan, hilang, dilesen oleh pihak pawagam atau lain-lain.

Generasi kedua anime[sunting | sunting sumber]

Murato Yosuji, Kimura Hakuzan, Yamamoto Sanae dan Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda Kitayama Seitaro dan telah banyak berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi animator, memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923, gempa bumi besar Kanto (Great Kantō earthquake) telah memusnahkan studio milik Kitayama dan animator yang terselamat telah memulakan studio animasi mereka sendiri.

Juga pada masa itu, undang-undang untuk melindungi remaja diperkenalkan, dan ini telah mengakibatkan pelbagai animasi yang awal ditapis untuk disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak yang di bawah umur 15 tahun.

Pada tahun 1918, sebuah anime yang dipanggil Momotaro (Peach Boy) telah dibuat dengan menggunakan kisah tempatan Jepun. Terdapat juga banyak siri-siri wayang yang dikisahkan menggunakan anime tersebut pada tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Pada Perang Dunia Kedua, Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi nama: Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak berhenti-henti di Jepun pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah Toei Animation dilahirkan.

Bermulanya populariti anime di seluruh dunia[sunting | sunting sumber]

Selain daripada Toei Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut: Mushi Productions. Syarikat tersebut dimulakan oleh Osamu Tezuka, yang juga merupakan orang yang membuat anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan seluruh dunia, Astro Boy (Tetsuwan Atomu). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi, Mushi Productions jatuh bankrup, dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri, seperti Sunrise dan MadHouse Production.

Anime seperti Akira (1988) dan Wings of Honneamise (1987) tidak begitu laris di Jepun, tetapi mendapat sambutan yang hangat di Amerika Syarikat. Keluaran Studio Ghibli, seperti Kiki's Delivery Service (1989), karya Hayao Miyazaki pada masa itu, menjadi salah satu kemestian para peminat anime. Contoh karya Hayao Miyazaki yang paling mendapat sambutan ialah filem anime Spirited Away. Anime ini pernah memenangi anugerah Best Animated Feature di Academy Award. Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002

Anime di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Anime yang awal seperti Doraemon telah mendapat sambutan yang baik semenjak awal 1990-an, sewaktu disiarkan di RTM (sekarang disiarkan di ntv7). TV3 dan ntv7 meneruskan kegemilangan anime di TV Malaysia dengan menyiarkan Cardcaptor Sakura, Slam Dunk dan Crayon Shin-chan sekitar tahun 2000. Sehingga kini, masih terdapat pelbagai Anime disiarkan di televisyen Malaysia, seperti Naruto (2003) di TV3 dan Gundam Seed di TV2. Kebanyakan siri-siri anime dialih suara ke Bahasa Melayu oleh Syarikat Filem Karya Nusa di Malaysia sini. Terdapat juga anime terdapat di Malaysia, yang tidak terdapat di negara-negara barat, seperti Hatsumei Boy Kanipan, Mirmo Zibang, dan lain-lain. Terdapat sebuah majalah anime tempatan iaitu Majalah Starz.

Kini anime di Malaysia boleh dikatakan telah memecahkan populariti animasi-animasi dari Amerika Syarikat. Sejak 31 Ogos 2006, syarikat televisyen tempatan, Astro, telah menambah sebuah saluran khas, saluran 715, iaitu Animax, khas untuk rancangan anime.

Pada 3 Januari 2007, NTV7 telah memperkenalkan slot midnight anime yang menayangkan anime seperti Trinity Blood dan Shakugan no Shana dalam bahasa asalnya dengan sarikata bahasa Melayu. Anime ini ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 12.15 tengah malam. Sekitar tahun 2010 anime lebih banyak ditayangkan di 8tv dan Ntv7 pada setiap hari minggu. Anime seperti Fairy Tail, K-On! dan Gundam menjadi pilihan untuk disiarkan dalam penyiaran ini.

Genre[sunting | sunting sumber]

Anime mempunyai pelbagai genre:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]