Chris Wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chris Wang
宥勝
Nama Cina宥勝
PinyinYou Sheng (Mandarin)
AsalRepublik China, (Taiwan)
Lahir (1982-06-09) 9 Jun 1982 (umur 41)
Taipei, Taiwan
Nama lainKeLiSi (Chris)克里斯 , XiaoYou 小宥, Yu Sheng
Pekerjaanpelakon, model, penyanyi, penulis
Syarikat rakamanOcean Butterflies Music Co. Ltd (2012-Present)
Tahun aktif2008 - kini
Rakan kongsiLin Yi-xian (2014 - Present)
Laman web rasmiChris Wang Weibo page

Chris Wang Yu Sheng (Cina tradisional: 宥勝pinyin: You Sheng) dilahirkan pada 9 Jun 1982 di Taipei, Taiwan. Dia ialah seorang pelakon, model, penyanyi dan penulis Taiwan. Nama pentasnya adalah perkataan awal dan tengah nama sebenarnya iaitu Yu Sheng, dia tidak menggunakan nama keluarga Wang. Dia menggunakan nama Chris Wang apabila merujuk pada nama Baratnya. Dahulunya dia menggunakan nama pentas Wang Yu Xiang (王郁翔). Dia bertutur dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Taiwan (Hokkien). Dia gemar berbasikal, mengembara, membaca, menonton filem, dan bersukan air. Dia memulakan busines rancangan apabila mengacarakan rancangan kembara Taiwan popular "The King of Adventure" di saluran kabel SETTV.[1] Dia berada dalam pengurusan YiJia Entertainment (怡佳娛樂經紀).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Chris Wang adalah seorang pelakon dan pengacara TV Taiwan. Ketinggiannya adalah 5'10" (178 cm). Dia belajar New Taipei Municipal Yong-Ping High School (台北縣立永平高中). Dia memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan daripada National Central University (國立中央大學) . Semasa di kolej, dia bekerja di Australia semasa musim panas dan berbasikal merentasi gurun. Setelah kembali ke Taiwan, dia mendapati rancangan kembara antarabangsa "The King of Adventure" sedang mencari seorang pengacara baru, dan mengesyorkan diri sendiri di laman blog rancangan itu. Penerbit rancangan itu tertarik dengannya dan dia menjadi pengacara ke-4 rancangan itu pada 2008. Menariknya, apabila Chris pertama kali menonton rancangan itu di TV beberapa tahun sebelumnya, dia menjerit kepada rakan-rakannya yang dia ingin mengacara rancangan itu suatu hari nanti.

Dia mula berlakon dalam siri drama TV "Lucky Days: Second Time Around", "I Love You" (2010) dan kemudian "P.S. Man". Kemasyhurannya meningkat naik sebagai salah seorang pelakon lelaki utama dalam drama popular 2010 "The Fierce Wife", dan filem sekuelnya pada 2012 "The Fierce Wife Final Episode". Seterusnya dia memegang watak utama dalam "They Are Flying" (2011), "Inborn Pair", dan "Love Me or Leave Me" (2012).

Di samping memenangi anugerah hasil pengacaraan The King of Adventure, kejayaannya dalam watak drama membuktikannya sebagai pelakon yang meningkat naik dengan potensi besar dan tarikan di peringkat antarabangsa. Chris juga menerbitkan sebuah album muzik pada 2013 dan menerbitkan beberapa buah buku.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2014, Chris mengakui hubungannya dengan pengurusnya yang berusia 31 tahun Lin Yixian, Chris mendedahkan bahawa dia dan Lin bertunang dan menunggu kelahiran anak bersama yang dijangkakan lahir pada awal 2015. Dahulunya mereka berdua menurut khabar angin adalah pasangan dalam tempoh yang agak lama sejak berita gosip menangkap gambar Lin beberapa kali keluar masuk rumah Chris dalam banyak kesempatan.[3]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Saluran Judul Cina Judul Inggeris Jenis Watak Watak
2008-2011 SETTV 冒險王 The King of Adventure Pengacara Diri sendiri
2010 TTV/SETTV 第二回合我愛你 Lucky Days Lelaki utama Ren Xiao Guo 任孝國
2010 TTV/SETTV 偷心大聖 P.S. 男 P.S. Man Cameo Yu Hao 余浩
2010 TTV/SETTV 犀利人妻 The Fierce Wife Lelaki utama kedua Lan Tian Wei 藍天蔚
2011 CTS 飛行少年 They Are Flying Lelaki utama kedua Xie Wei Lian 謝威廉
2011 SETTV 真愛找麻煩 Inborn Pair Lelaki utama Ke Wei Xiang 柯偉翔
2012 TTV 我租了一個情人 Love Me or Leave Me Lelaki utama Fang Hao Ming 方顥明
2013 Anhui TV 面包树上的女人 Woman on the Breadfruit Tree Lelaki utama kedua An Xiao Lu 安小祿
2013 SETTV 美味的想念 A Hint of You Cameo Teman lelaki 男友
2013 TTV 大紅帽與小野狼 Big Red Riding Hood Cameo Doktor 醫師
2013 SETTV 有愛一家人 Love Family Lelaki utama Wan Sheng Ren 萬聖仁
2014 TVB 愛情來的時候 A Time of Love Lelaki utama kedua John (Shing) 勝
2014 SETTV 22K夢想高飛 Aim High Lelaki utama gandingan Yu Qí Feng 喻其風

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Negara Judul Inggeris Judul Cina Watak
2012 Taiwan Bad Girls 女孩壞壞 Li Kai Jie 李凱傑
2012 Taiwan The Fierce Wife Final Episode 犀利人妻最終回:幸福男·不難 Lan Tian Wei 藍天蔚
2013 Taiwan version Hotel Transylvania 尖叫旅社 Jonathan 強納森 (voice dubbing)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Studio Album
# Judul Inggeris Judul Cina Tarikh terbit Label
1st Mr. Perfect? 完美先生? 11 January 2013 Ocean Butterflies Music Co. Ltd

[4]

Penampilan Video Muzik[sunting | sunting sumber]

  • 2010 - Naive 天真 by XianZi 弦子
  • 2011 - As the Winter Nights Become Warmer 當冬夜漸暖 by Stefanie Sun 孫燕姿
  • 2011 - Thinking of Her When You're With Me 陪我的時候想著她 by Claire Kuo 郭靜

[5]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • 2009 October 30 : You Are the King of Adventure: Chris's Dream Heaven (你,就是冒險王) - ISBN 9789861791463
  • 2011 October 15 : Naked, Fake (宥勝‧裸裝) - ISBN 9789758450107
  • 2012 December 12 : My Challenge Is Not Perfect (挑戰我的不完美) - ISBN 9789571356952

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] King Of Adventure official blog. Retrieved 2014-02-17
  2. ^ [2] Chris Wang Drama fever page. Retrieved 2014-02-17
  3. ^ [3] 宥勝認愛經紀人小嫺:我們終於面對. Retrieved 10-26-2014
  4. ^ [4] Chris Wang album info. Retrieved 2014-02-17
  5. ^ [5] Diarkibkan 2014-02-22 di Wayback Machine Chris Wang AF page. Retrieved 2014-02-17

Pautan luar[sunting | sunting sumber]