Cicero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cicero ketika berumur lebih kurang 60 tahun, daripada patung marmar purba
Marcus Tullius Cicero
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Marcus Tullius Cicero (3 Januari 106 SM7 Disember 43 SM) ialah ahli pidato dan negarawan Rom kuno yang secara umumnya dianggap sebagai pidato Latin dan ahli gaya prosa yang terutama.


Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Cicero dilahirkan di Arpinum dan dibunuh di Formia ketika melarikan diri daripada musuh-musuh politiknya. "Bukannya tokok tambah", Taylor menulis (seperti yang disebut dalam "Rujukan"), "untuk mengatakan bahawa era kehidupan awam Rom yang paling cemerlang dibawa oleh Cicero dan tutup pada kematiannya — beliau berdiri di tempat bermulanya dan mengikut kereta jenazahnya." Tullii, keluarga Cicero, merupakan salah satu daripada ningrat tanah di Arpinum dan berasa geram terhadap kemasyhuran dan kekayaan keluarga Marii yang merupakan lagi sebuah keluarga Arpinum yang terutama.

Sepanjang hayatnya, Cicero yang bersikap konservatif itu benci dibandingkan dengan Marius yang lebih masyhur. Nama "Cicero" berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk "kacang kuda." Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda. Sebenarnya (Plutarch meneruskan), Cicero didesak untuk menukarkan nama yang memalukan itu ketika beliau menyertai politik, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Nota[sunting | sunting sumber]

1- Nama penuh Cicero yang rasmi. Maksudnya ialah "Marcus Tullius Cicero, anak (filius) Marcus, cucu (nepos) Marcus, cicit (pronepos) Marcus, daripada puak Cornelia".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Riwayat-riwayat Hidup Bangsawan Yunani dan orang Rom oleh Plutarch
Alcibiades dan Coriolanus - Alexander Agung dan Julius Caesar - Aratus & Artaxerxes dan Galba & Otho - Aristides dan Cato yang Lebih Tua - Crassus dan Nicias - Demetrius dan Antony - Demosthenes dan Cicero - Dion dan Brutus - Fabius dan Pericles - Lucullus dan Cimon - Lysander dan Sulla - Numa dan Lycurgus - Pelopidas dan Marcellus - Philopoemen dan Flamininus - Phocion dan Cato yang Lebih Muda - Pompey dan Agesilaus - Poplicola dan Solon - Pyrrhus dan Gaius Marius - Romulus dan Theseus - Sertorius dan Eumenes - Tiberius Gracchus & Gaius Gracchus dan Agis & Cleomenes - Timoleon dan Aemilius Paullus - Themistocles dan Camillus
Didahului oleh
Lucius Julius Caesar dan Gaius Marcius Figulus
Konsul Republik Rom
dengan Gaius Antonius Hybrida
63 SM
Diikuti oleh:
Decimus Junius Silanus dan Lucius Licinius Murena