Ploutarkhos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Plutarch)
Patung kepala Ploutarkhos di tempat kelahirannya Khaironeia, Yunani.

Loúkios Mestrios Ploútarkhos (Λούκιος Μέστριος Πλούταρχος, Latin: Lucius Mestrius Plutarchus, nama Inggeris: Plutarch, k.k. 46- 127) ialah seorang ahli sejarah, periwayat, dan penulis esei dari Yunani.

Beliau merupakan kelahiran Khaironeia, sebuah bandar kecil di kawasan Yunani yang dikenali sebagai Boeotia, mungkin pada masa pemerintahan Maharaja Claudius. Beliau jauh mengembara di dunia Mediterranean, termasuk dua kali ke Rom. Disebabkan kekayaan ibu bapanya, Ploutarkhos dapat membelajari falsafah, retorik, dan matematik di Akademi Athens selepas tahun 67.

Ploutarkhos mempunyai beberapa kawan yang amat berpengaruh, termasuk Soscius Senecio dan Fundanus. Kedua-dua kawan ini adalah senator yang beliau mendedikasikan sebilangan penulisannya yang kemudian. Ploutarkhos tinggal di Chaeronea untuk kebanyakan hidupnya dan diperkenalkan dalam misteri Apollo, dewa Yunani. Bagaimanapun, tanggungjawabnya sebagai orang yang lebih lama kepada dua orang pendeta Apollo di Tempat Keramat Delphi (Oracle of Delphi, di mana beliau bertanggungjawab untuk mentafsirkan petanda-petanda Pythia) tidak mengambil banyak masanya — beliau mengamalkan kehidupan sosial dan awam yang aktif dan menghasilkan amat banyak tulisan, kebanyakan daripada ini masih wujud.

Kerja sebagai majistret dan duta[sunting | sunting sumber]

Selain daripada tugas-tugasnya sebagai pendeta kuil Delphi, Ploutarkhos juga memegang jawatan majistret di Chaeronea dan beliau pernah mewakili tempat asalnya untuk berbagai-bagai misi ke negara-negara asing semasa tahun-tahun dewasa awalnya. Kawannya, Lucius Mestrius Florus, seorang konsul Rom, menaja Ploutarkhos sebagai warganegara Rom dan, menurut George Syncellus, ahli sejarah abad ke-10, pada hidup akhirannya, Maharaja Hadrian melantik beliau sebagai peguam cara Achaea – satu jawatan yang memberikannya hak untuk memakai jubah dan perhiasan konsul. (Suda, sebuah ensiklopedia Yunani zaman pertengahan, menyatakan bahawa Trajan, pendahulu Hadrian, melantik Ploutarkhos sebagai peguam cara Illyria, tetapi kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa ini tidak mungkin kerana Illyria bukan sebuah wilayah yang mempunyai peguam cara, dan Ploutarkhos mungkin tidak bertutur dalam bahasa Illyria.

Periwayatan sejarah[sunting | sunting sumber]

Karya beliau yang paling terkenal ialah Bíoi Parállēloi (Βίοι Παράλληλοι, "Kehidupan-kehidupan Selari" - Parallel Lives), sebuah siri biografi tokoh-tokoh Yunani dan Rom yang masyhur, disusun dalam bentuk diad untuk menunjukkan kebaikan atau kelemahan moral mereka yang sama. Manuskrip yang masih wujud mengandungi 23 pasang biografi, dengan setiap pasang mengandungi satu Kehidupan Yunani dan satu Kehidupan Rom, bersama-sama dengan empat Kehidupan tunggal yang berasingan. Sebagaimana yang diterangkan Ploutarkhos dalam perenggan pertama Kehidupan Alexander, beliau tidak mengambil berat tentang penulisan sejarah pada dirinya, tetapi hanya mahu memeriksa pengaruh dengan teliti dan dalam rangkuman peribadi — baik atau buruk — terhadap kehidupan dan nasib hidup tokoh-tokoh yang diangkat masyhur masyarakat sezamannya. Sesetengah daripada kandungan karya ini yang lebih menarik — umpamanya, peribadi Herakles dan Philip II dari Makedon — tidak wujud lagi, dan banyak daripada manuskrip asal yang terselamat yang lain telah dipotong, mengandungi lompang yang ketara, atau diubah oleh pengarang-pengarang yang kemudian.

Pencatatan hayat Alexander Agung[sunting | sunting sumber]

Bíos Alexándron (Βίος Αλεξάνδρου, "Kehidupan Alexander") ialah salah satu daripada lima sumber tertier yang masih wujud mengisahkan hidup Alexander Agung, raja dan penakluk Makedonia, dengan anekdot dan pemerihalan peristiwa-peristiwa yang tidak wujud dalam sumber yang lain. Serupa juga, potretnya untuk Numa Pompilius, seorang maharaja Rom yang awal, juga mengandungi maklumat yang unik mengenai takwim Rom yang awal.

Karya-karya yang lain[sunting | sunting sumber]

Moralia[sunting | sunting sumber]

Moralia, 1531

Karya-karya Ploutarkhos yang lain yang masih wujud telah dikumpulkan di bawah tajuk Moralia (diterjemahkan secara kurang tepat sebagai Adat resam dan Mores). Ini merupakan sebuah himpunan bersifat eklektik yang mengandungi tujuh puluh lapan esei dan upacan transkripsi, dan yang termasuk:

  • Mengenai Nasib atau Sikap Baik Alexander Agung – satu tambahan yang penting untuk Kehidupan raja yang agung itu;
  • Mengenai Penyembahan Isis dan Osiris – satu sumber matlumat yang genting mengenai upacara agama Mesir; dan
  • Mengenai Niat Jahat Herodotus – satu usaha retorik yang serupa dengan ucapan-ucapan mengenai pencapaian Alexander, dan yang Ploutarkhos mempergunakan untuk mengkritikkan apa yang beliau melihatkan sebagai pandangan berat sebelah yang sistematik dalam karya Herodotus;

bersama-sama dengan karya-karya yang lebih bersifat falsafah, seperti Kemerosotan Tempat-tempat Keramat, Mengenai Kelewatan Balas Dendam Tuhan, Mengenai Ketenangan Fikiran, dan karya-karya yang lebih ringan, seperti Odysseus dan Gryllus, sebuah dialog yang lucu antara Ulysses Homer dengan Circe, salah satu daripada babi tersihir. Moralia ditulis lebih dahulu, sedangkan Kehidupan menelan kebanyakan daripada dua dekad terakhir hayat Ploutarkhos.

Sesetengah edisi Moralia termasuk banyak karya yang kini dikenali sebagai pseudepigrafa: antaranya ialah Kehidupan-kehidupan Sepuluh Ahli Pidato (biografi Sepuluh Ahli Pidato Athens kuno, berdasarkan Doktrin-doktrin Ahli-ahli Falsafah oleh Caecilius dari Calacte), dan Mengenai Muzik. Seorang "pseudo-Ploutarkhos" dipertanggungjawabkan terhadap kesemua karya ini, walaupun pengarangnya memang tidak dapat diketahui. Walaupun pemikiran dan pendapat itu bukannya kepunyaan Ploutarkhos sendiri tetapi dari tempoh yang tidak lama kemudian, asal kesemua ini adalah klasik dan amat bernilai kepada para ahli sejarah.

Quaestiones[sunting | sunting sumber]

Sepasang karya yang menarik tetapi kurang masyhur ialah Soalan-soalan yang merupakan perincian terselindung tentang tabiat dan kultus masing-masing untuk Rom dan Yunani.

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Ploutarkhos agaknya selalu memikirkan keterlibatan hidup para filsuf dengan dunia politik.[1] Hal ini yang membedakannya dengan Plato yang kurang menekankan etika sikap hidup.[1] Menurut beliau, seorang filsuf (tradisi Stoa seharusnya juga seorang shopis, yakni seseorang yang bukan sahaja mencintai kebijaksanaan, malah berusaha menjadi seorang yang bijak), dan seseorang itu tidak perlu terlibat dalam dunia politik.[1] Namun, penarikan dari kehidupan politik, menurut Ploutarkhos juga tidak diperbolehkan, meskipun ia untuk sementara waktu.[1] Golongan yang hidup dalam keadaan yang baik pasif mahupun menentang politik dianggap sebuah tindakan tercela.[1] Politik bahkan dianggap sebagai suat bidang yang tidak boleh dipermainkan dan suci, mengandung sesuatu yang ilahiah, di mana ia kadangkalanya dideskripsikan dalam istilah "inisiasi" yang dapat dilihat dari petua Plutarch:[1]

Negarawan yang sempurna turut campur dalam persoalan publik, mulanya dengan menjadi calon inisiasi, tetapi pada akhirnya dia akan menjadi orang yang mengajar dan menginisiasi (menginspirasi / mengilham) orang lain. Kegiatan politik [siyasah] adalah pengabdian kepada tanah air seseorang, yang bahkan dapat menuntut hak yang lebih tinggi berbanding orang tua seseorang. Negarawan atau warga negara yang baik seharusnya tidak menolak atau meremehkan setiap jawatan awam sekalipun tahap sederhananya, [kerana] setiap jawatan adalah kebaikan yang suci.

Pandangan terhadap etika[sunting | sunting sumber]

Ploutarkhos senada dengan pemikiran Stoa yang menekankan hidup dalam kemandirian prinsip demi kebahagiaan, terlibat politik dalam mencapai kebaikan, melakukan pengabdian kepada negara dan Tuhan melalui hukum ilahi.[1] Baginya, tujuan politik adalah sesuatu yang baik secara moral dan tidak ada yang lain.[1] Kebaikan politik adalah yang paling sempurna dan tak satu pun dari kebaikan yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia dapat lepas dari hukum, keadilan dan kekuasaan.[1]

Politik adalah bukan sesuatu bentuk pengabdian (leitourgia) yang mencapai batasnya ketika keperluan dipenuhi habis-habisan, tetapi merupakan jalan hidup bagi makhluk yang mulia dan diciptakan untuk polis dan bermasyarakat, dan pada dasarnya ditetapkan untuk menjalani kehidupan berpolitik, mengejar cita-cita yang baik secara moral dan setiap saat memperlakukan orang lain dengan rasa kemanusiaan.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Karya-karya Ploutarkhos amat mempengaruhi kesusasteraan Inggeris dan Perancis. William Shakespeare memparafrasakan sebilangan bahagian daripada terjemahan Thomas North untuk Kehidupan pilihan dalam drama-dramanya, dan kekadang memetiknya secara kata demi kata. Ralph Waldo Emerson dan penyokong-penyokong Transendentalisme amat dipengaruhi oleh Moralia. (Emerson menulis pengenalan yang indah untuk edisi lima jilid Moralia pada abad ke-19).

James Boswell, penulis Scotland memetik ayat Ploutarkhos mengenai penulisan tentang kehidupan, berbanding biografi, dalam pengenalan untuk karyanya, Kehidupan Samuel Johnson. Peminat-peminat Ploutarkhos yang lain termasuk Ben Jonson, John Dryden, Alexander Hamilton, John Milton dan Francis Bacon, serta tokoh-tokoh yang begitu berbeza seperti Cotton Mather, Robert Browning dan Montaigne. Montaigne terutamanya memperoleh banyak ilham dan idea daripada Moralia Ploutarkhos untuk karyanya, Essai ("Karangan" - Essays).

Petikan[sunting | sunting sumber]

  • "Kekejaman membentukkan seksaan diri. Dia adalah tukang yang amat baik untuk hidup yang sengsara."
  • "Mempunyai keturunan yang baik adalah sesuatu yang elok, tetapi kemuliaannya adalah kepunyaan nenek moyang kita."
  • "Akal bukannya sebuah bekas untuk diisi, tetapi satu api untuk dinyalakan." —Mengenai Mendengar Syarahan
  • "Hanya untuk mengambil beberapa suap daging, kita merampas satu jiwa daripada matahari dan cahaya, dan daripada bahagian hidupnya yang ia dilahirkan ke dalam dunia ini untuk menikmati." —Mengenai Makan Daging
  • "Pemusnah kebebasan yang benar ialah mereka yang menyebarkan kedermawanan, derma, dan manfaat (hadiah atau wang yang keterlaluan)"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Rowe el t al2 tidak disediakan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Wardman, Alan. Plutarch's "Lives". ISBN 0-236-17622-6.
  • Duff, Timothy E. (2002). Plutarch's Lives: Exploring Virtue and Vice. Oxford University Press. ISBN 0-19-925274-2.
  • Hamilton, Edith (1957). The Echo of Greece. Norton Library, W.W. Norton and Company, Inc. m/s. 194. ISBN 0-393-00231-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikisource