Cinta Kau Dan Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Kau Dan Aku
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah.
Ditulis oleh
  • Dr Nora Hendon Faeizah
  • Syareel Izam Ali
PengarahRosdi Md. Dali
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Penyiaran
Saluran asalTV1
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Februari 2013 – 5 April 2013

Cinta Kau Dan Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 di bintangi oleh Sara Ali, Fizz Fairuz dan Fazren Rafi. Siri ini memulakan tayangan di TV1 15 Februari 2013.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda ‘tomboy’ berusia 20 tahun menerima jawatan sebagai pemandu peribadi. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman. Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit-bibit itulah membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri apabila ibunya memaksa berkahwin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat dengan ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya – ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi bagai disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya, bekas tunang Farish, dan Farah, adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa, Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan setelah kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan di situ Farisya berjumpa kembali dengan Cikgu Zul, seorang pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya. Di saat Farisya dan Cikgu Zul ingin mengecapi dunia perkahwinan, Cikgu Zul yang selama ini menanggung sakit leukemia telah pergi buat selama-lamanya. Untuk memastikan Farisya bahagia, permintaan Cikgu Zul di ambang pemergiannya adalah supaya Farish, yang telah kembali mencari Farisya, menikahinya semula.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]