Cleveland Bay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cleveland Bay
Empat ekor kuda berwarna perang dengan surai dan ekor hitam berjalan di atas jalan batu buntar yang berlatarkan pokok dan padang. Mereka sedang menarik sebuah pedati hijau yang dinaiki oleh beberapa orang.
Cleveland Bay memakai abah-abah
Ciri-ciri unggul: Berwarna Bay, berotot tegap, kegunaan utama ialah memandu kereta dan memburu rubah.
Negara asal: England
Nama gelaran biasa: Chapman Horse
Standard baka
Cleveland Bay Horse Society (UK): Standard baka
Cleveland Bay Horse Society of North America: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Cleveland Bay merupakan sejenis baka kuda yang berasal di England pada abad ke-17, dinamai semperna warnanya serta daerah Cleveland di Yorkshire. Ianya sejenis kuda yang berotot tegap dengan kaki-kaki yang agak pendek berbanding badannya tetapi kuat. Kuda ini sentiasa berwarna bay, tetapi sesetengah salasilah baka ini bercirikan sedikit bulu cerah pada surai dan ekornya. Ia merupakan baka kuda yang paling lama mantap di England, serta satu-satunya kuda bukan penarik yang dicipta di Great Britain. Leluhur kepada baka ini dicipta pada Zaman Pertengahan untuk tujuan pengangkutan barang, apabila mereka mendapat jolokan "Chapman Horses". Kuda pengangkut ini dikacukkan dengan baka Andalusia dan Barb, dan kemudian dengan baka Arab dan Belima, untuk mencipta baka Cleveland Bay masa kini. Sepanjang zaman, baka ini bertambah ringan badannya kerana semakin banyak digunakan untuk tujuan menarik pedati serta tunggangan. Kelarisan Cleveland Bay banyak turun naik semenjak kali pertama diimport ke Amerika Syarikat pada awal abad ke-19. Biarpun bilangannya merosot secara mendadak sekitar Perang Dunia Kedua, namun baka Cleveland Bay menikmati kebangkitan dalam populariti sejak 1970-an, sungguhpun hanya 550 ekor kuda baka ini yang wujud di seluruh dunia setakat tahun 2006.

Kuda Cleveland Bay dinaungi oleh golongan kerabat diraja sepanjang sejarah, dan hingga ke hari ini ia masih digunakan untuk menarik pedati dalam perarakan diraja. Baka ini juga telah digunakan untuk mencipta dan menambah baik beberapa baka berdarah suam dan penarik yang lain. Kini, ia digunakan untuk pertanian dan menarik pedati serta tunggangan asas. Ia laris terutamanya untuk memburu rubah dan show jumping, baik yang berbaka tulen mahupun kacukan dengan Belima. Cleveland Bay adalah baka yang jarang ditemui, malah pertubuhan Rare Breeds Survival Trust (UK) dan American Livestock Breeds Conservancy menganggap populasinya sebagai berada di takat yang genting di ambang kepupusan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]