Kuda penarik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuda Shire sejenis kuda penarik tipikal

Kuda penarik (bahasa Inggeris: draft horse, berasal dari perkataan Anglo-Saxon dragan bermaksud menghela atau menarik; berbanding Belanda dragen bermaksud membawa), juga kadang kala dirujuk sebagai kuda berat, adalah sejenis baka kuda yang dibiakkan untuk tugas-tugas kasar dan berat seperti membajak dan kerja-kerja di ladang. Terdapat sejumlah berbeza baka-baka, dengan ciri-ciri berlainan tetapi semuanya memiliki sifat-sifat sama seperti kekuatan, kesabaran dan pembawaan patut yang mana menjadikan ia menjadi satu keperluan kepada generasi para petani sebelum perindustrian. Kuda-kuda penarik dan kacukannya merupakan satu baka serba-boleh yang kini digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pertanian, pertunjukan, pembalakkan, rekreasi dan kegunaan-kegunaan lain. Ia juga biasa digunakan untuk pengacukkan, terutamanya baka tungangan ringan seperti Thoroughbred untuk tujuan menghasilkan kuda sukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]