Clydebank

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 55°53′59″N 4°24′02″W / 55.8997°N 4.4006°W / 55.8997; -4.4006

Clydebank
Gaelik Scotland: Bruach Chluaidh

The Clyde Shopping Centre incorporates a bridge over the Forth and Clyde Canal.
Clydebank is located in Bumi
Clydebank
Clydebank (Bumi)

 Clydebank ditunjukkan dalam Scotland
Penduduk Total Clydebank (sum of 4 localities) Town: 45,210; Locality of Clydebank: 29,858[1]
Rujukan grid OS NS500700
Kawasan majlis West Dunbartonshire
Kawasan leftenan Dunbartonshire
Perlembagaan negara Scotland
Negara berdaulat United Kingdom
Bandar pos CLYDEBANK
Poskod daerah G81 & G60
Kod panggilan 0141 & 01389
Polis Strathclyde
Balai bomba Strathclyde
Ambulans Scottish
Parlimen Eropah Scotland
Parlimen UK West Dunbartonshire
Parlimen Scotland Clydebank and Milngavie
West of Scotland
Senarai tempat di
UK
Scotland
jata Clydebank

Clydebank adalah sebuah bandar di West Dunbartonshire, Scotland. Bandar ini dibina di tebing sebelah utara Sungai Clyde. Bandar Clydebank menjadi pusat pertumbuhan pada penghujung kurun ke-19 dengan pembinaan kawasan perumahan untuk pekerja-pekerja di limbungan kapal. Clydebank menjadi satu daerah diraja pada 18 November 1886. Pada masa ini, Clydebank adalah bandar paling besar di daerah West Dunbartonshire dan mempunyai bilangan penduduk kira-kira 46,000 orang.

Walaupun tidak diletakkan di bawah pihak berkuasa tempatan Bandaraya Glasgow, Clydebank adalah sebahagian daripada bandar gabungan Glasgow dan banyak rumah dan jalan-jalan berada dalam kawasan sempadan kedua-dua daerah tersebut.

Penduduk Clydebank dikenali sebagai “Bankies” dan mempunyai semangat kedaerahan yang kuat. Mereka tidak melihat diri mereka sebagai orang West Dunbartonshire. Alamat pos ditetapkan sebagai “Clydebank, Dunbartonshire” dan bukannya “Clydebank, West Dunbartonshire” seperti yang sepatutnya. Satu kajian oleh Parti Kebangsaan Scotland (Scottish National Party) tahun 2003 menyatakan penduduk Clydebank tidak puas hati dengan status bandar mereka sebagai sebahagian daripada daerah West Dunbartonshire dan mahukan Majlis Perbandaran mereka (yang dihapuskan dalam tahun 1994) dihidupkan semula. Sebagai pilihan kedua, mereka mahu digabungkan dengan pihak berkuasa Glasgow.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Clydebank mempunyai dua buah pasukan bola sepak semi profesional, Clydebank F.C. dan Yoker Athletic F.C. yang bertanding di dalam Central League Division 1.

Clydebank FC yang asal dibeli dalam tahun 2002 oleh sebuah konsortium semasa dalam pentadbiran dan bertukar menjadi Airdrie United F.C. apabila berpindah ke Airdrie. Clydebank F.C. yang ada sekarang ditubuhkan dalam tahun 2003 sebagai pengganti.

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Majikan terbesar di Clydebank adalah limbungan kapal John Brown & Company yang ternama kerana membina beberapa kapal terkenal dalam liputan sejarah, termasuklah HMS Hood, Queen Mary, Queen Elizabeth, dan Queen Elizabeth 2. Syarikat ini menjadi sebahagian daripada Upper Clyde Shipbuilders.

Syarikat Singer Corporation juga sebuah majikan yang besar di Clydebank, tetapi telah menutup kilangnya. Bangunan syarikat itu kini menjadi Clydebank Business Park.

Pengeboman Clydebank[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia II, limbungan kapal Clydebank menjadikannya sasaran kapal terbang pengebom Luftwaffe Jerman. Sebanyak 439 kapal terbang pengebom menggugurkan lebih daripada 1,000 butir bom pada 13 Mac dan 14 Mac 1940. Daripada 12,000 buah rumah di Clydebank, kurang daripada 12 buah sahaja yang tidak mengalami kerosakan. Sejumlah 578 orang awam terbunuh, jumlah paling ramai terkorban di Scotland.

Sebuah memorial dibina bertentangan Dewan Bandaran untuk mengenang jasa anak-anak kapal ORP Piorun yang bersama-sama menangkis serangan Luftwaffe. Kapal ORP Piorun ketika itu berada di limbungan kapal John Brown untuk pembaikan dan melepaskan tembakan antikapal terbang yang sengit.

Sub-daerah di Clydebank[sunting | sunting sumber]

Antonine Park, Dalmuir, Dalmuir West, Dalnottar, Drumry, Duntocher, Faifley, Hardgate, Linnvale, Mountblow, North Drumry, North Kilbowie, Old Kilpatrick, Parkhall, Radnor Park, South Drumry, dan Whitecrook.

  1. ^ Scrol.co.uk (2001). "Comparative Population: Clydebank Locality". Dicapai pada 2008-12-18.