Glasgow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedudukan Glasgow di Scotland

Glasgow (atau Glaschu dalam Bahasa Gaelik) merupakan bandar raya terbesar dan pusat perniagaan dan perindustrian yang utama di Scotland, United Kingdom. Glasgow terletak di bahagian barat tengah Scotland dan dialiri Sungai Clyde.

Dikenali sebagai pusat perdagangan di Scotland, bandar Glasgow merupakan satu bandar kosmopolitan. Glasgow merupakan destinasi pelancong kedua paling popular di Scotland di belakang Edinburgh. Glasgow juga merupakan pusat ekonomi terbesar di Scotland.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Glasgow mempunyai jumlah penduduk seramai 1,749,154. Bilangan ini telah merosot berbanding dengan bilangan kemuncak yang berjumlah 2.1 juta pada zaman 1960-an. Lebih kurang 3.1 juta orang menetap di kawasan "Greater Glasgow" yang meliputi Bandar Raya Glasgow dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penetapan awal telah wujud di kawasan Glasgow sejak zaman sebelum Masihi lagi. Pada tahun 144, orang Rom membina Tembok Antonine berdekatan Glasgow untuk mengasingkan Britannia (kawasan jajahan Empayar Rom) di selatan dan Caledonia di utara.

Pada abad ke-6, Saint Mungo mendirikan gereja di Glasgow yang kemudiannya berkembang menjadi Katedral Glasgow. Glasgow mula berkembang dan menjelang abad ke-12, telah mencapai status yang menyamai bandar raya. Universiti Glasgow diasaskan pada tahun 1451, menjadikan Glasgow bandar yang penting dari segi agama Kristian dan akademik.

Glasgow terus berkembang menjadi pusat perniagaan dengan benua Amerika yang penting pada abad-16. Komoditi-komoditi utama yang diimpoet dari benua Amerika termasuklah tembakau, kapas, dan gula. Perindustrian di Glasgow pada masa itu menhasilkan tekstil, batu arang dan keluli untuk eksport. Industri pembinaan kapal menjadi industri yang utama di Sungai Clyde. Menjelang hujung abad ke-19, Glasgow dikenali sebagai "Banda Raya Kedua Empayar" (Second City of the Empire) dan menghasilkan kebanyakan kapal dan lokomotif di dunia pada masa itu.

Akan tetapi, perindustrian di Glasgow mula merosot menjelang abad ke-20 dengan tercetusnya Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Zaman Meleset. Industri di Glasgow kehilangan daya persaingan mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran dan kemerosotan taraf hidup penduduk Glasgow. Kemerosotan Glasgow berlanjutan dan tahun 1970-an dan awal 1980-an sering kali dikenali sebagai "zaman gelap" Glasgow.

Ekonomi Glasgow hanya menampakkan kesan pemulihan pada pertengahan tahun 1980-an dengan kemasukan syarikat-syarikat kewangan. Pada tahun 1990, Glasgow dipilih sebagai "Ibu negara kebudayaan Eropah" ("European capital of culture") dan berjaya menarik lebih ramai pelancong ke Glasgow. Usaha dan pembangunan tengah giat dijalankan, terutamanya di pusat bandar, untuk memulihkan status Glasgow sebagaimana yang pernah dicapai dahulu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga universiti di Glasgow, iaitu:

Agama[sunting | sunting sumber]

Pusat Bandar Raya Glasgow

Glasgow ialah satu bandar yang terdiri daripada komuniti yang pelbagai budaya dan etnik, dengan pelbagai agama yang dianuti oleh penduduknya. Central Mosque di daerah Gorbal merupakan masjid terbesar di Scotland. Glasgow mempunyai populasi Yahudi ke-4 terbesar di UK.

Glasgow mempunyai 4 katedral (gereja besar) iaitu

  • Glasgow Cathedral (Church of Scotland)
  • St. Andrew's Cathedral (Roman Catholic)
  • St. Mary's Cathedral (Scottish Episcopal)
  • St. Luke's Cathedral (Greek Orthodox)

Glasgow juga mempunyai St Mungo Museum of Religious Life and Art dimana ia adalah satu satunya museum pelbagai agama di dunia.

Tambahan pula, satu kuil Sikh dirancang dibuka pada 2007, di daerah Charing Cross.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]