Cublak-cublak Suweng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cublak-cublak Suweng adalah salah satu permainan tradisional yang disertai dengan lagu pengiring yang dinyanyikan yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia. Lagu pengiring dalam permainan ini bertajuk sama dengan nama permainan iaitu cublak-cublak suweng. Permainan tradisional cublak-cublak suweng ini, biasa dimainkan oleh kanak-kanak di kampung dari Pulau Jawa, khususnya di Jawa Tengah, Daerah Istimewa Yogyakarta dan juga Jawa Timur.[1]

Tatamain[sunting | sunting sumber]

Ia dimainkan dengan jumlah pemain sebanyak 3 orang atau lebih. Permainan ini dimulakan dengan gambreng (lai lai li tam plong) untuk menentukan siapa yang kalah kali pertama. Setelah itu mereka yang kalah akan berlakon sebagai Pak Empo, yang akan berbaring dengan badan menghadap bawah yang berada di tengah dan kanak-kanak yang lain akan duduk berhampiran dengan Pak Empo secara bulatan. Selepas itu, salah satu pemain memegang kerikil dan dipindah dari telapak tangan satu ke telapak tangan lainnya diiringi dengan lagu Cublak-Cublek Suweng. Pak Empo bertugas untuk mencari kerikil atau batu kecil (suweng) yang disembunyikan di tangan pemain.[2][1]

Lirik[sunting | sunting sumber]

cublak-cublak suweng
suwengé ting gelèntèr
mambu ketundung gudhèl
pak empo lirak-lirik
sapa ngguyu ndelikaké
sir, sir pong delé kopong
sir, sir pong delé kopong

Pada lirik lagu ”sapa ngguyu ndelikake” merupakan petanda batu kecil atau kerikil mesti segera disembunyikan oleh pemain yang menerimanya dalam genggaman. Pada akhir lagu, semua anak menggenggam kedua tangan masing-masing, berpura-pura menyembunyikan kerikil, sambil menggerak-gerakkan tangan. Pak Empo bangun dan menela di tangan pemain yang mempunyai batu kecil/kerikil yang sedang disembunyikan. Apabila tekaannya betul, pemain yang menggenggam biji/kerikil akan menjadi Pak Empo. Jika tekaannya salah, Pak Empo kembali ke kedudukan semula dan permainan diulang lagi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Askalin (2013). 100 Permainan dan Perlombaan Rakyat. Yogyakarta: Nyo-nyo. ISBN 978-979-29-4003-9.
  2. ^ "Makna di Balik Tembang Cublak-Cublak Suweng". www.goodnewsfromindonesia.id. 10 Julai 2019. Dicapai pada 31 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]