Daerah Lüshunkou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lüshunkou (Cina ringkas: Cina tradisional: pinyin: Lǚshùnkǒu) ialah sebuah daerah di bandar Dalian, Republik Rakyat China. Ia turut dikenali sebagai Kota Lüshun (Cina ringkas: 旅顺市) atau (terjemahan kasar) Pelabuhan Lüshun (Cina ringkas: 旅顺港), dan pernah dikenali sebagai Pelabuhan Arthur (Cina ringkas: 亚瑟港) dan Ryojun.

Lüshunkou terletak jauh di hujung selatan Semenanjung Liaodong. Daerah ini mempunyai pelabuhan semulajadi yang bagus, antara penyebab berlakunya Perang Russia-Jepun (1904–1905). Pentadbiran pihak Jepun dan yang pada masa itu Soviet berlangsung sehingga 1953. Pada dekad pertama dalam pemerintahan Jepun keatas Semenanjung Liaodong (dahulunya Liaoutung), ia dinamakan Ryojun ( 旅順), sebutan Jepun untuk tulisan Cina nama kota ini.