Danau Toba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Danau Toba, Indonesia
Gambar Danau Toba oleh Landsat
Koordinat 2°37′U, 98°49′T
Jenis tasik Gunung berapi/tektonik
Aliran keluar Sungai Asahan
Negara cekungan Sumatera Utara, Indonesia
Panjang maksimum 100 km
Lebar maksimum 30 km
Kawasan permukaan 1130 km²
Kedalaman maksimum 505 m[1]
Isipadu air 240 km³
Permukaan peninggian 905 m
Pulau Samosir
Danau Toba
Rumah Toba

Danau Toba ialah tasik terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utara Sumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 900 meter (3,000 kaki), tasik ini terbentang dari 2.88° U 98.52° T ke 2.35° U 99.1° T.

Geologi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1949, Rein van Bemmelen, ahli geologi Belanda, melaporkan bahawa Danau Toba ialah sebuah kaldera gunung berapi yang besar yang dikelilingi oleh selapis batuan ignimbrit. Para penyelidik yang kemudian menemui debu riolit yang serupa dengan lapisan ignimbrit Danau Toba (kini dipanggil Tuf Toba Muda untuk membezakannya daripada lapisan-lapisan yang termendap oleh letupan-letupan dahulu) di Malaysia dan India, iaitu sehingga 3,000 kilometer jauhnya dari danau ini. Para ahli oseanografi menemui debu Toba yang memiliki ciri-ciri kimia tersendiri di dasar Lautan Hindi timur serta Teluk Benggala.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah Batak tradisional dikenali oleh bumbung-bumbung tersendiri (yang melengkung ke atas pada setiap hujungnya, seolah-olah badan kapal) serta hiasan-hiasan yang berwarna-warni.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Rampino, Michael R. and Stephen Self (1993). "Climate-volcanism feedback and the Toba eruption of 74,000 Years Ago". Quaternary Research 40 (3): 269-280. 
  • Vazquez, Jorge A. and Mary R. Reid (2004). "Probing the accumulation history of the voluminous Toba Magma". Science 305 (5686): 991-994. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Danau Toba.