Samosir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samosir
Samosir terletak di tengah Danau Toba.
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat2°35′N, 98°49′E
Pentadbiran
Indonesia

Pulau Samosir merupakan sebuah pulau gunung berapi di tengah Tasik Toba di provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Pulau Samosir merupakan pulau dalam pulau terbesar di dunia, dan dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini menarik perhatian para pelancong.

Tuktuk adalah pusat istirahat pelancong di Pulau Samosir. Dari Parapat, Tuktuk dapat dihubungkan dengan feri penyeberangan. Selain perhubungan air, Pulau Samosir juga dapat dicapai melalui jalan darat melalui Pangururan yang menjadi tempat di mana Pulau Samosir dan Pulau Sumatera berhubungan.

Pulau Samosir terletak di wilayah Kabupaten Samosir yang baru dimekarkan pada tahun 2003 dari bekas Kabupaten Toba-Samosir.

Di pulau ini juga terdapat dua buah tasik kecil sebagai daerah pelancongan iaitu Danau Sidihoni dan Danau Aek Natonang yang mendapat gelaran "danau di atas danau".