Data (pengkomputan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang sains komputer, data ialah mana-mana maklumat dalam bentuk yang sesuai digunakan oleh komputer. Ia seringnya dibezakan daripada atur cara komputer yang merupakan satu set suruhan yang memerincikan tugas untuk dilakukan oleh komputer. Daripada segi ini, data ialah apa-apa maklumat yang bukannya kod atur cara. Daripada satu lagi segi, fail perduaan (yang tidak dapat dibaca oleh manusia) kekadang dipanggil "data", berbeza dengan "teks" yang dapat dibaca oleh manusia. Jumlah data digital pada tahun 2007 dianggarkan sebanyak 281 bilion gigabait.

Fail komputer biasanya digunakan masing-masing untuk menyimpan atur cara dan data. Fail boleh laku mengandungi atur cara, manakala fail-fail yang lain merupakan fail data. Bagaimanapun, fail boleh laku mungkin juga mengandungi data yang "terbina" ke dalam atur caranya. Terutama sekali, sesetengah fail boleh laku mengandungi segmen data yang mengandungi pemalar dan nilai permulaan, kedua-duanya data.

Sebagai contoh, seorang pengguna mengarahkan sistem pengendalian untuk memuat atur cara pemproses kata dari sebuah fail, lalu menyunting dokumen yang disimpan dalam fail yang lain. Dokumen tersebut dianggap sebagai data. Jika pemproses kata itu mempunyai penyemak ejaan, jadi kamus (senarai kata) untuk penyemak ejaaan itu juga dianggap sebagai data. Sebaliknya, algoritma yang digunakan oleh penyemak ejaan untuk mencadangkan pembetulan dianggap sebagai kod.

Batas antara atur cara dan data kini dikaburi. Misalnya, pentafsir ialah atur cara. Data input untuk pentafsir pada dirinya juga merupakan atur cara yang hanya tidak ditulis dalam bahasa mesin asli. Dalam banyak kes, atur cara tertafsir ialah fail teks boleh baca manusia yang diolah dengan penyunting teks — lebih biasanya dikaitkan dengan data teks biasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]