Dendam Penunggu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dendam Penunggu
PengarahFaizul Jais
PenulisFaizul Jais
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Parallax Pictures
Diedarkan olehtonton CINEMA
Tarikh tayangan
5 November 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Dendam Penunggu ialah sebuah filem seram Malaysia 2021 arahan Faizul Jais terbitan Parallax Pictures, dibintangi oleh Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 5 November 2021 dan merupakan filem asli pertama tonton CINEMA.[1][2]

Premis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Ismail Izzani dan Shalma Eliana digandingkan buat kali kedua, selepas Lelaki Lingkungan Cinta (2020).[3]

Khai Bahar menyumbangkan lagu tema filem ini, yang bertajuk "Sengsara" hasil ciptaan komposer, John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K.[4]

Dendam Penunggu dikeluarkan pada 5 November 2021 melalui penstriman di tonton CINEMA.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arfah (5 November 2021). "Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli". XTRA. Dicapai pada 6 November 2021.
  2. ^ "'DENDAM PENUNGGU' MENGGANAS DI TONTON CINEMA NOVEMBER INI". Femag Online. 30 Oktober 2021. Dicapai pada 6 November 2021.
  3. ^ Fariza Saidin (30 Oktober 2021). "Ismail dan Shalma serasi bergandingan! Kali ini bersama lagi dalam filem Dendam Penunggu". Kita Reporters. Dicapai pada 6 November 2021.
  4. ^ Norhayati Nordin (20 Julai 2021). "Rezeki dalam sengsara". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2021.
  5. ^ Budiey (31 Oktober 2021). "Anda Boleh Menonton Filem DENDAM PENUNGGU di Tonton Cinema Mulai 5 November". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 November 2021.