Hasnul Rahmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hasnul Rahmat
Kelahiran
Hasnul bin Rahmat @ Mustafa

1971 (umur 52–53)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1989–kini
Ibu bapaAllahyarham Rahmat @ Mustafa Abu Kasim (bapa; meninggal dunia)

Hasnul Rahmat (lahir Hasnul bin Rahmat @ Mustafa; 1971) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Singapura. Beliau lebih dikenali melalui watak-watak yang sentiasa memaparkan kelainan setiap kali beliau muncul di layar perak mahupun di kaca TV. Persembahannya yang unik serta pembawakan karektor di dalam lakonan beliau tidak pernah mengecewakan penonton.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pembabitan seni lukis, teater dan pengajian filem[sunting | sunting sumber]

Memegang watak sebagai Hasbi dalam Mantra, bersama Zul Handy Black (kiri)

Beliau memulakan langkah seni semasa di sekolah seni lukis La Salle pada tahun 1989 di Singapura. Semasa pengajiannya di sekolah seni, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang teater di bawah asuhan pelukis/pengarah/pelakon Khairul Anwar Salleh. Pementasan pertamanya sebagai pemain adalah dari karya Rafaat Hamzah "Kali ini jam dua belas datang lewat dari waktunya" (1989) sempena Festival Teater Remaja ajuran Kemuning serta "Forest for Rest" (1990) dan "Noah Ark" (1990) sempena Festival of the Arts / Time Show Artist Village. Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya ke sekolah filem di Akademi Filem Malaysia (sekarang Aswara) pada tahun 1993. Arahan filem pendek pertama beliau berjudul "The Angry Young Pig" (1993) telah memenangi Anugerah Silver Award dalam 2nd Malaysian Video Award. Seterusnya, beliau telah mengarah banyak lagi filem pendek yang bercorak eksperimental sehingga sekarang, di antaranya adalah "Separuh Bumi" (1997),"Dead Moments" (1997), "Little Boy in the Sky" (1998), "Found Object" (1998), "Bukan di syurga yang ini" (1999) dan "The Last Dinner" (1999), "I was Interrupted" (2010) dan "Kiss My Method" (2010). Aktiviti-aktiviti pementasan teater semasa pengajian filem diteruskan dengan penglibatan beliau sebagai pemain untuk "Teater Iqbal" arahan Normah Noordin, karya teater Tenessee William "Glass Menagerie" (1996) arahan Norzizi, "Mencari Juita"(1997) arahan Erma Fatima, "Bangau Oh Bangau" (1998) Type-O, "Teater Penghargaan S Othman Kelantan" (1999) serta "Konsert Gembala M. Nasir" (2000) arahan Jalil Ngah dan naskhahnya oleh Loloq. Beliau juga telah melakonkan watak ciptaan dari karya-karya tulisan lirik arwah Loloq di Istana Budaya dengan persembahan tribute "Untukmu Loloq" (2011).

Pembabitan dalam filem dan TV sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Peluang tiba untuk beliau apabila beliau diambil untuk filem "KL Menjerit" (2002) diarahkan oleh Bade Hj. Azmi. Hasil lakonan memberi tuah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada FFM16 melalui watak Tun. Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagi tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003. Selepas itu, beliau menjadi pilihan kepada ramai pengarah di mana lakonan beliau dapat dilihat melalui arahan Bade Hj. Azmi "Berlari Ke Langit" (2004), "Gangster" (2005) "Maut" (2009), "Buai Laju-Laju" (2003) dan "Hanyut" (2010) arahan U-Wei Haji Saari, "Lang Buana"(2002) serta filem sekuel pertama "Rock" (2005) arahan Mamat Khalid di mana beliau telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin-16. Beliau kembali tercalon pada FFM24 untuk kategori yang sama, menerusi filem Mantra arahan Azhari Zain. Pengarah-pengarah lain yang beliau terlibat berkerjasama adalah arahan Dain Said dari filem "Dukun", arahan Shuhaimi Baba dari filem "Tanda Putera", arahan Fendi dari filem "Songlap", arahan Nik Amir Mustapha dari filem "KIL" (2011). Kerja-kerja beliau yang terkini adalah filem "CCTV" (2014) arahan Daven.R dan filem arahan Faisal Ishak adalah dari filem "Juvana 2" (2015) dan "Juvana 3" (2016) sebagai Cikgu Raja.

Bermula dengan telefilem "Di Balik Jerjak Hati" (1990) arahan Kamaliah Salleh di Singapura dan "Bila Bulan Mengambang" (1995) arahan Mokhtar Abu Bakar di Malaysia sehingga supertele biopik "Saloma" (2015) arahan Melissa Saila , beliau telah terlibat banyak drama-drama televisyen di Malaysia mahupun di Singapura.

Penglibatan sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Selain dari mengerjakan pembikinan filem-filem pendek dari zaman sekolah filem dari 1994 sehingga kini, beliau masih tetap aktif dalam dunia lakonan dan kerja-kerja seni-interdisplinary yang lain. Karya arahan beliau yang pertama berjudul "27 Selamanya" (2011) adalah sebuah drama rockumentari yang telah ditayangkan di Unifi TV dan TV2. Dua lagi karya dokumentari arahan beliau yang terkini adalah Shadows of Eigasha dan dokumentari musik Angin Menderu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 The Angry Young Pig Filem lakonan dan arahan pertama
1996 Merah Doktor
1999 Perempuan Melayu Terakhir Pelakon Teater
2002 KL Menjerit Tun
2003 Paloh Puteh
Lang Buana Saga
2004 Bisikan Remaja Andy Haikal
Berlari Ke Langit Bukhari Haji Awang
Buai Laju-Laju Johan
2005 Gangster Sufi
Rock Zubir @ Zack
2009 Maut Ahmad
2010 Mantra Hasbi
2011 Songlap Abang Mat
2012 Seram Sejuk Syukur
Apa Celop Toqq... Abang Samad
2013 KIL Johan Iskandar
Tanda Putera Tun Hussein Onn
2015 CCTV Doktor Psiko
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Cikgu Raja Khairul
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Bapa Aliff
Juvana 3: Perhitungan Terakhir Cikgu Raja Khairul
Hanyut Ali
2017 Kau Takdirku Ayah Kamar
Tombiruo: Penunggu Rimba Juslan
2018 Dukun Danni
Polis EVO 2 Hafsyam Jauhari / Saif
2019 Rise to Power: KLGU Ayah Zan
2021 Dendam Penunggu Pak Hassan
2022 Renjana Adnan
Jerangkung Dalam Almari Ali
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Tertuduh
Anwar: The Untold Story Mahathir Mohamad
Syaaban Pak Imam Haji Ramli
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Kodi
Misi Ainaa Filem pendek
Sheriff: Narko Integriti Syed Rahman
Reversi
The Experts Bakar Pos-produksi
Telekinesis Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Segalanya Ku Terima Lukman TV3
Cinta Dalam Sebiji Durian TV1
2010 Na O Mei Dr. Johan TV3
2012 Tanah Kubur (Musim 5) Musa Astro Oasis Episod: "Rindu Baitullah"
2014 Bunga Merah Punya Pak Cu TV9
2015 Bila Hati Telah Hitam Hj. Zainal Astro Oasis
2017 Duda Pujaan Dara Tengku Razif Astro Ria
2018 Teratai Kemboja Taufik TV3
KL Gangster: Underworld Zan Iflix Siri web
Rahasia Kasih Datuk Ariffin ntv7
2019 Babi! Hamdan Idris HOOQ
Suri Katriana Tuan Syed Sadiq Astro Prima
2020 Saga 2.0 Borhan Mediacorp Suria
Korban Kasih Fauzi TV1
2020–2021 Tercipta Satu Ikatan Kobeng Astro Ria
2021 Projek: Anchor SPM Khairuddin Astro Citra
Madam E-Wallet Sifu Jebat TV3
Jangan Menangis Cinta TV1
Scammer Darus Astro Ria
Lockdown Johan
Malaysian Ghost Stories Nazreen Episod "Hantu Takde Kepala"
Datuk Jamal Episod: "Penunggu Rumah Banglo"
Diva Popular 2 Awesome TV
Jangan Ganggu Jodohku Paksu Astro Ria
2022 Harith Fayyadh Kamal TV3
Demi Hisham TV Okey
Aku Seorang Perempuan Alias TV9
2023 Projek: High Council Tuan Yusof Astro Ria
Special Force: Anarchy Komander Qabil Disney+ Hotstar
Bukan Lelaki Terhebat Haris TV3
Kami Budak Band Razman
Persepsi Inspektor Rashidi Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Nyaynyian Langsuir Rosman VCD
Aku Cinta Padamu Wahid
2004 15 Puasa Majid NTV7
2008 Kak Kiah Serunding TV9
2014 Saloma: Mencuri Guruh Bapa Tiri Saloma Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh
2016 Kapcai Ayah Ayah Jamil TV9
Sirat Al-Mustaqeem Prof. Adam Astro Oasis
2017 Komplot Astro Citra
Kabut Sheikh Rahim TV2
Ilham Astro Citra
Rasuk Cikgu Hussein
2018 Adakah Aku Bersalah Hamzah TV3
Penjara Abah Astro Citra
Terima Kasih Cikgu Cikgu Azman TV3
2019 Anak Syurga Pak Sahak
2020 Arus Merah Tuan Saidi Astro First Eksklusif
Aku Tak Gila Astro Citra
2021 Akil Balik TV2
2022 Adik Kakak TV3
Luruh Molek TV2
2023 Yek Icin Mahak Tok Batin TV1
Misi Adeena
Canting

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2003 Festival Filem Malaysia ke-16 Pelakon Harapan Lelaki Filem KL Menjerit Menang
Anugerah Skrin 2006 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Rock Menang
2009 Pesta Perdana ke-10 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2013 Pesta Perdana ke-13 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2013 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Menang
2017 Anugerah Skrin 2017 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Menang
2018 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Polis EVO 2 Menang
2023 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Jerangkung Dalam Almari Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]