Denmark dalam Perang Dunia II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Markas Kor Schalburg, sebuah unit SS Denmark, selepas tahun 1943. Bangunan berpenghuni ini adalah loji Persatuan Freemason Denmark yang terletak di Blegdamsvej, Copenhagen

Di permulaan Perang Dunia II pada September 1939, Denmark mengisytiharkan dirinya berkecuali. Untuk keseluruhan peperangan, negara ini merupakan wilayah naungan (protektorat) dan kemudian menjadi negara taklukan Jerman. Keputusan untuk menjajah Denmark telah dibuat di Berlin pada 17 December 1939.[1] Pada 9 April 1940, Jerman menjajah Denmark dalam Operasi Weserübung. Kerajaan Denmark dan Raja berfungsi seperti biasa sebagai protektorat de facto bagi seluruh negara sehingga 29 Ogos 1943, apabila Jerman meletakkan Denmark dibawah pendudukan terus tentera, yang berakhir sehingga kemenangan Pihak Bersekutu pada 5 Mei 1945. Berbeza dengan keadaan di negara-negara lain yang berada dibawah pendudukan Jerman, kebanyakan institusi Denmark terus berfungsi seperti biasa sehingga tahun 1945. Kerajaan Denmark dan Raja kekal didalam negara yang mempunyai hubungan tidak selesa antara demokratik dan sistem totalitarian sehinggalah kerajaan Denmark meletakkan jawatan untuk memprotes tuntutan Jerman melaksanakan hukuman mati kerana melakukan sabotaj.

Lebih 3,000 rakyat Denmark mati kerana disebabkan pendudukan ini.[2] Sejumlah 2,000 lagi sukarelawan Kor Bebas Denmark dan Waffen-SS, yang kebanyakannya berasal dari minoriti Jerman di selatan Denmark, terkorban di Barisan Timur[3] manakala 1,072 kelasi dagang terbunuh dalam perkhidmatan tentera Bersekutu.[4] Keseluruhannya, ini menunjukkan kadar kematian yang sangat rendah jika dibandingkan dengan negara taklukan lain dan kebanyakan negara yang berperang. Sebilangan orang Denmark memilih untuk bersubahat dengan menyertai Parti Pekerja Sosialis Nasional Denmark, Kor Schalburg, Kor HIPO dan Pasukan Peter (selalunya dengan pertindihan yang cukup besar antara peserta kumpulan yang berbeza). Parti Pekerja Sosialis Nasional Denmark terlibat dalam Pilihanraya Parlimen Denmark 1943, walaupun mendapat sokongan kuat dari Jerman namun ia hanya mendapat 2.1% undi.[5]

Gerakan pemberontak berkembang di sepanjang peperangan, dan kebanyakan orang Yahudi Denmark telah diselamatkan dan dihantar ke Sweden yang berkecuali pada tahun 1943 apabila pihak berkuasa Jerman mengarahkan penahanan mereka sebagai sebahagian dari Holokus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The diaries: Quisling sealed Denmark's WWII fate". Politico.dk. 20 December 2013.
  2. ^ Laursen, Gert (1997). "The Occupation in Numbers". milhist.dk. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2012. Dicapai pada 24 December 2016.
  3. ^ Christensen, Claus Bundgård; Poulsen, N. B.; Smith, P. S. (2006). Under hagekors og Dannebrog : danskere i Waffen SS 1940–45 [Under Svastika and Dannebrog : Danes in Waffen SS 1940–45] (dalam bahasa Denmark). Aschehoug. m/s. 492–494. ISBN 978-87-11-11843-6.
  4. ^ Caruso, Jesper Dahl (20 March 2014). "Oprejsning til danske krigssejlere". nyheder.tv2.dk. Dicapai pada 24 December 2016.
  5. ^ "Rigsdagsvalgene i Marts og April 1943" (PDF). Danmarks Statistic. Dicapai pada 11 February 2021.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Flender, Harold. Rescue in Denmark. New York: Holocaust Library, 1963.
  • Dethlefsen, Henrik. "Denmark and the German Occupation: Cooperation, Negotiation, or Collaboration," Scandinavian Journal of History. 15:3 (1990), pp. 193–206.
  • Giltner, Phil. "The Success of Collaboration: Denmark's Self-Assessment of its Economic Position after Five Years of Nazi Occupation," Journal of Contemporary History 36:3 (2001) pp. 483–506.
  • Gram-Skjoldager, Karen. "The Law of the Jungle? Denmark's International Legal Status during the Second World War," International History Review (2011) 33#2 pp 235–256.
  • Lidegaard, Bo. Defiant Diplomacy: Henrik Kauffmann, Denmark, and the United States in World War II and the Cold War, 1939-1958. Peter Lang, 2003. ISBN 978-0-8204-6819-8. online
  • Lund, Joachim. "Denmark and the‘European New Order', 1940–1942." Contemporary European History 13.3 (2004): 305–321.
  • Lund, Joachim. "Building Hitler's Europe: Forced Labor in the Danish Construction Business during World War II." Business History Review 84.03 (2010): 479–499.
  • Lund, Joachim. "The Wages of Collaboration: the German food crisis 1939–1945 and the supplies from Denmark." Scandinavian Journal of History 38.4 (2013): 480–501.
  • Voorhis, Jerry. Germany and Denmark: 1940–45, Scandinavian Studies 44:2, 1972.

dalam bahasa Denmark[sunting | sunting sumber]

  • "Gads leksikon om dansk besættelsestid 1940–1945" (2002).
  • Lundbak, Henrik. Besættelsestid og frihedskamp 1940–45 København: Frihedsmuseet, 1996. ISBN 87-89384-40-7

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Collaboration with Axis Powers by country Templat:Nazi Germany occupations

Templat:World War II