Holokus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebanyak enam juta orang, kebanyakan mereka kaum Yahudi, dibunuh oleh Nazi Jerman dalam pelaksanaan Holokus.

Holokus merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holokus ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.

Terdapat segolongan orang, yang dikenali sebagai "Holocaust deniers" (penafi Holokus). Menurut orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.

Kegiatan Holokus dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.

Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum — beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.