"Diari Hatimu" ialah lagu ciptaan Ferdy Ferdian Khalid NS yang dimuatkan dalam album Adiwarna nyanyian Siti Nurhaliza pada tahun 1998. Ia dijadikan sebagai single kedua dan berentak balada. Lagu ini mencetuskan kontroversi kerana Siti dituduh menciplak lagu nyanyian penyanyi 80an Indonesia, Kirey bertajuk Rindang Tak Berbuah. Bagaimanapun kontroversi terjawab apabila komposer lagu ini Ferdy Ferdian Khalid NS merupakan orang yang sama. Untuk versi Malaysia, ia digubah semula susunan muzik dan liriknya manakala melodinya sama.[1]
↑iLagu "Hati" dikeluarkan sebagai single dari album runut bunyi filem 1957: Hati Malaya, kemudian diterapkan dalam album "Hadiah Daripada Hati". ↑iiLagu "Cahaya Cinta" tiada dalam album Transkripsi, sebaliknya dikeluarkan sebagai single sempena majlis perkahwinan Siti.