Bagaikan Sakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bagaikan Sakti"
Lagu oleh Siti Nurhaliza dan M. Nasir
daripada album OST Puteri Gunung Ledang
BahasaMelayu
Dilancarkan pada22 Ogos 2004
GenreBalada
Panjang5:04
PenulisM. Nasir
Senarai runut OST Puteri Gunung Ledang
  1. "Asmaradana" (Tiara Jacquelina)
  2. "Bagaikan Sakti" (M. Nasir & Siti Nurhaliza)
  3. "Keranamu Kekasih" (Vince)
  4. "Karma" (Cokelat)
  5. Kasih tak Sampai (Padi)
  6. Disisimu (Psyklone)
  7. Kembalilah kasih (Anuar Zain)
  8. Januari (Glenn Fredly)
  9. Sendiri (Psyklone)
  10. Mungkin (Anuar Zain)
  11. Asmaradana (Tribal mix by Jungle Jerry & discomfia)
  12. Puteri Gunung Ledang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Bagaikan Sakti"[1] ialah sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan M. Nasir.[2] Lagu ini digubah oleh M. Nasir sendiri. Lagu ini dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Ogos 2004. Sebuah video muzik iringan turut dirakamkan untuk lagu ini.

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video lagu ini menampilkan sedutan babak daripada filem Puteri Gunung Ledang. Ia dimulakan dengan penonton di pawagam, dengan Siti Nurhaliza dan M. Nasir muncul pada babak awal dan diakhiri dengan mereka meninggalkan panggung wayang.

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert Bagaikan Sakti
Konsert oleh Siti Nurhaliza dan M. Nasir
TempatEsplanade – Theatres on the Bay, Singapura
Tarikh1 Januari 2010
Jumlah persembahan1

Konsert Bagaikan Sakti[3] ialah konsert selama satu malam yang diadakan pada 1 Januari 2010 di dewan Espalanade, Singapura yang menyaksikan gabungan hebat M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.[4]

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.

Insiden[sunting | sunting sumber]

Semasa konsert berlangsung, ada peminat M. Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti. Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M. Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak. Mujurlah tiada berlaku sebarang pergaduhan, tetapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M. Nasir bergabung dalam satu konsert.[5]

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

Konsert ini juga disiarkan secara langsung di Astro Box Office Events (Saluran 955), dengan ulang tayang pada 2–10 Januari.[6]

Susunan lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu Bagaikan Sakti menyaksikan buat pertama kalinya M. Nasir (kiri) dan Siti Nurhaliza (kanan) bekerjasama, sekaligus berkongsi pentas di konsert Bagaikan Sakti. Lagu Bagaikan Sakti menyaksikan buat pertama kalinya M. Nasir (kiri) dan Siti Nurhaliza (kanan) bekerjasama, sekaligus berkongsi pentas di konsert Bagaikan Sakti.
Lagu Bagaikan Sakti menyaksikan buat pertama kalinya M. Nasir (kiri) dan Siti Nurhaliza (kanan) bekerjasama, sekaligus berkongsi pentas di konsert Bagaikan Sakti.
Susunan lagu Dato’ Siti Nurhaliza
  1. Nirmala
  2. Lagu Rindu
  3. Ada Masa Mata
  4. Cindai
  5. Bukan Cinta Biasa
  6. Ku Percaya Ada Cinta
  7. Biarlah Rahsia
  8. Ku Mahu
  9. Ku Milikmu
  10. Destinasi Cinta
Susunan lagu pertama Dato’ Siti Nurhaliza & M. Nasir
  1. Kesuma Jiwa (Prelud ke set pertama)
  2. Ghazal Untuk Rabiah
  3. Suatu Masa
  4. Mawarku
  5. Lagu Gembira
Susunan lagu M. Nasir
  1. Hati Emas
  2. Sahabat Gua
  3. Bukalah Hatimu
  4. Srikandi Cintaku
  5. Sentuhan Listrikmu
  6. Milik Siapakah Gadis Ini
  7. Juwita Citra Terindah
  8. Mentera Semerah Padi
  9. Raikan Cinta
  10. Ada
Susunan lagu kedua Dato’ Siti Nurhaliza & M. Nasir
  1. Bagaikan Sakti
  2. Dua Insan
  3. Hanya Semalam

Sumber: Diperoleh pada sidang media konsert.[3]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Bagaikan Sakti"5:04


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Puteri Gunung Ledang (Soundtrack) (catatan media). EnfiniTi Productions. 2004.
  2. ^ Metra Syahril Mohamed (15 Mac 2010). Bayangan kolaborasi M. Nasir Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2016.
  3. ^ a b Konsert Bagaikan Sakti review Pujangga Malam (3 Januari 2010).
  4. ^ Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza Budiey, Sensasi Selebriti. 17 Disember 2009.
  5. ^ Peminat M. Nasir Dan Siti Nurhaliza Bergaduh Kat Konsert Bagaikan Sakti? Ahmad Nazuwan Amran@Abang Nara. Beautifulnara. 5 Januari 2010.
  6. ^ "Astro Siarkan Secara Langsung Konsert Bagaikan Sakti M.Nasir & Datuk Siti Nurhaliza". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-21. Dicapai pada 2010-01-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]