Dimorphos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dimorphos
Imej radar Didymos dan satelit, Dimorphos oleh Balai Cerap Arecibo, 2003
Penemuan[1]
Ditemui olehPetr Pravec et al.[1]
Tarikh penemuan20 November 2003
Designasi
Sebutan/dˈmɔːrfəs/
Dinamakan sempenaPerkataan Yunani, "memiliki dua bentuk"[2]
Nama alternatifS/2003 (65803) 1
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor1.19±0.03 km
Kesipian< 0.05
Tempoh orbit0.4971±0.0004 h
or 11.93±0.01 hr
Satelit bagi65803 Didymos
Magnitud mutlak (H)21.3±0.2 (beza dengan primer)[1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dimorphos ialah sebuah satelit asteroid kecil yang dijumpai pada 2003. Ini ialah bulan planet minor bagi sistem binari dengan 65803 Didymos sebagai asteroid utama. Setelah dinamakan secara awal sebagai S/2003 (65803) 1 dengan nama-nama tak formal seperti "Didymos B" dan "Didymoon", pihak Kesatuan Astronomi Antarabangsa memberi nama rasmi pada 23 Jun 2020.[3] Dengan diameter 170 meter (560 ka), ini ialah antara objek-objek angkasa terkecil yang diberi nama kekal.[2]

Dimorphos ialah sasaran kapal angkasa Double Asteroid Redirection Test (DART) seliaan NASA, sebuah misi yang dilancarkan pada 24 November 2021 dengan jangkaan hentaman dari 26 September hingga 1 Oktober 2022. Misi DART ialah suatu ujian pertahanan planet daripada hentaman asteroid.[4] Sebuah satelit mini, LICIACube oleh Agensi Angkasa Itali akan menangkap gambar hentaman. Sementara itu, misi Hera oleh Agensi Angkasa Eropah akan memerhati asteroid selepas hentaman.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "(65803) Didymos". www.johnstonsarchive.net. Dicapai pada 2021-11-11.
  2. ^ a b International Astronomical Union (23 June 2020). "IAU Approves Name of Target of First NASA and ESA Planetary Defence Missions". www.iau.org. Dicapai pada 2020-07-01.
  3. ^ Temming, Maria (29 June 2020). "An asteroid's moon got a name so NASA can bump it off its course". ScienceNews. Dicapai pada 1 July 2020.
  4. ^ Potter, Sean (2021-11-23). "NASA, SpaceX Launch DART: First Test Mission to Defend Planet Earth". NASA. Dicapai pada 2021-11-25.
  5. ^ Witze, Alexandra (2021-11-19). "NASA spacecraft will slam into asteroid in first planetary-defence test". Nature (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1038/d41586-021-03471-w. PMID 34799719 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 244428237 Check |s2cid= value (bantuan).