Kesatuan Astronomi Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa
کساتوان استرونومي انتارابڠسا
Kerangka
KependekanIAU Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan sains, pertubuhan antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiMajlis Sains Antarabangsa, Jawatankuasa mengenai Penyelidikan Angkasa, Majlis Sains Antarabangsa (2022) Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Perancis, bahasa Inggeris Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.iau.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: InternationalAstronomicalUnion Twitter: IAU_org LinkedIn: the-international-astronomical-union Youtube: UCc3I9q-N0NA05vIYeNMmtTw Discogs: 3384014 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1919 Sunting ini di Wikidata
PengasasBenjamin Baillaud Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiDebra Elmegreen Sunting ini di Wikidata
Setiausaha agungTeresa Lago Sunting ini di Wikidata
SubsidiariKumpulan Kerja Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengenai Nama Bintang Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Ibu pejabatParis Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Perancis Sunting ini di Wikidata
Koordinat48°50′5.24″N 2°20′6.86″E / 48.8347889°N 2.3352389°E / 48.8347889; 2.3352389
Kawasan perkhidmatanBumi Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (Jawi: كساتوان استرونومي انتارابڠسا; bahasa Inggeris: International Astronomical Union, disingkatkan kepada IAU, Perancis: L’union astronomique internationale, disingkatkan kepada UAI) adalah satu kesatuan yang terdiri daripada ahli astronomi profesional yang mempunyai ijazah Ph.D. dan ke atas, bergiat di dalam penyelidikan dan pendidikan profesional di dalam bidang astronomi.[1]Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh ahli-ahli astronomi/falak sebagai satu badan astronomi rasmi yang berwibawa untuk menamakan bintang-bintang, planet-planet, asteroid-asteroid, dan jasad-jasad cakrawala dan fenomena-fenomena berkaitan. Ia juga merupakan ahli kepada Majlis Sains Antarabangsa (ICSU).

Kumpulan-kumpulan kerja termasuklah Kumpulan Kerja Untuk Tatanama Sistem Planet (WGPSN), yang mengekalkan Persetujuan Penamaan Astronomi dan tatanama planet bagi jasad-jasad planet. IAU juga bertanggungjawab kepada sistem Telegram Astronomi yang dihasilkan dan diagih-agihkan bagi pihaknya oleh Pusat Biro Telegram Astronomi. Pusat Planet Minor (MPC), satu cara pembersihan bagi semua jasad bukan planet atau bukan jasad bukan bulan di dalam sistem solar, juga beroperasi di bawah IAU.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan ini didirikan pada 1919,sebagai penggabungan sejumlah projek internasional termasuk Carte du Ciel, Persatuan Matahari dan Biro Waktu Antarabangsa (Bureau International de l'Heure); ia pada mulanya dianggotai oleh Amerika Syarikat, Belgium, Jepun, Kanada, Perancis, United Kingdom dan Yunani, sebelum disusuli oleh Itali dan Mexico.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan ini termasuk sebanyak 12,664 ahli individu dari 96 buah negara anggota seluruh dunia;[2] 83% daripada merupakan lelaki manakala 17% yang selebihnya perempuan.

Ia turut dianggotai 79 ahli peringkat kebangsaan yakni masyarakat pakar astronomi mewakili hubungan negara masing-masing dengan IAU, termasuk Akademi Sains Australia, Pertubuhan Astronomi China, Akademi Sains Perancis, Akademi Sains Negara India, Akademi Negara Amerika Syarikat, Yayasan Penyelidikan Negara Afrika Selatan, Majlis Penyelidikan Teknikal dan Saintifik Negara Argentina, KACST (Saudi Arabia), Majlis Balai Cerap Jerman, Pertubuhan Astronomi Diraja di United Kingdom, Pertubuhan Astronomi Diraja New Zealand, Akademi Sains Diraja Sweden, Akademi Sains Rusia dan Majlis Sains Jepun antara lainnya.

Perhimpunan Am merupakan badan mentadbir pertubuhan ini yang dianggotai semua ahli; ia menentukan dasar-dasar serta mengesahkan statut dan undang-undang kecil pertubuhan ini serta melantik beberapa jawatankuasa berkaitan.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Senarai presiden (berdasarkan sumber yang ada):[3][4]

   

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Statutes of the IAU, VII: General Assembly, ss. 13-15
  1. ^ About the IAU [1]
  2. ^ As of 1 February 2017, IAU.org
  3. ^ "Past Executive Committee". International Astronomical Union. Dicapai pada 18 September 2018.
  4. ^ Колчинский И. Г., Корсунь А. А., Родригес М. Г. (1977). Астрономы. Биографический справочник (dalam bahasa Russian). Киев: Наукова Думка.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]