Diploma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diploma (dari Yunani δίπλωµα. díplōma, membawa pengertian "kertas berlipat") ia merupakan sijil ataupun ijazah yang dikeluarkan oleh sesuatu institusi pendidikan tertentu sama ada dari peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej universiti mahupun universiti. Penganugerahan pangkat akademik diploma adalah merupakan suatu pengesahan bahawa penerima telah berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang-bidang pengajian akademik tertentu. Dalam negara-negara seperti United Kingdom dan Australia, perkataan diploma merujuk kepada aras penganugerahan akademik. Perkataan diplomat dan diplomasi asalnya juga sama, dari suatu bentuk akreditasi "kertas berlipat" rasmi yang disampaikan kepada duta atau delegasi.

Dalam sesetengah negara seperti UK dan Australia, sesuatu dokumen boleh dipanggil testimonium atau testamur, Latin untuk membawa erti "kami perakui" atau "disahkan", dan perkataan ini sering digunakan dalam ayat pertama dalam sijil diploma tersebut. Dalam negara Ireland, ia biasanya dipanggil sebagai parchment. Sijil dimana penerima Nobel menerima watikah penghargaannya yang juga dipanggil diploma.

Terma diploma acap kali digunakan dalam sesetengah konteks sejarah, merujuk kepada dokumen yang ditandatangani oleh Raja untuk mengesahkan geran tanah atau tempoh tanah yag dinyatakan beserta dengan terma dan syarat tertentu.

Contoh-contoh diploma[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah contoh-contoh diploma yang disusun pada kedudukan menaik taraf akademik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah asas (juga dikenali sebagai:Sijil asas) (foundation degree)
  • Ijazah bersekutu (associate degree)
  • Ijazah sarjana muda (bachelor's degree): Sarjana Muda Kesenian (Bachelor of Arts, AB atau BA), Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science, BSc atau SB), Sarjana Muda Perniagaan (Bachelor of Business, BB), Sarjana Muda Perundangan (Bachelor of laws, LLB), Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Bachelor of Medicine and Surgery, MB ChB, MB BS, BM BS atau MB Chr)
  • Ijazah sarjana (master's degree): Sarjana Kesenian (Master of Arts, MA), Sarjana Sains (Master of Science, MS atau MSc)
  • Ijazah perlesenan (licentiate degree):
  • Ijazah pakar (specialist degree): Pakar Pendidikan (Educational Specialist, Ed.S.), Pakar Psikoligi Sekolah (Specialist in School Psychology, SSP)
  • Ijazah kejuruteraan (engineer's degree):
  • Ijazah kedoktoran (doctorate): Doktor Falsafah (Doctor of Philosophy, Ph.D.), Doktor Perubatan (Doctor of Medicine, M.D.)
  • Ijazah profesor (professorial degree): Sanctae Theologiae Professor (S.T.P.)

lain-lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]