Djenné

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar-bandar lama Djenné
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Masjid besar Djenné
Maklumat am
Sebahagian dari
Old Towns of Djenné Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1988 (sesi ke-12)
Keluasan302 km2 (3.25×109 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiMopti Region, Mali Sunting ini di Wikidata
Koordinat13°54′N 4°33′W / 13.9°N 4.55°W / 13.9; -4.55
Djenné is located in Bumi
Djenné
Djenné (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Djenné (juga Dienné atau Jenne) ialah sebuah pekan bersejarah dan mempunyai kepentingan komersial di Delta Niger Inland di tengah Mali. Ia hanya terletak di barat Sungai Bani (Sungai Niger melalui di barat dan di utara). Ia mempunyai penduduk pelbagai etnik seramai 12,000 (pada 1987). Ia terkenal dengan binaan batu bata lumpur, yang paling dikenali ialah Masjid Besar Djenné, asalnya dibina pada tahun 1220 dan dibina semula pada tahun 1907. Di masa lampau, Djenné merupakan pusat perdagangan dan ilmu, serta telah ditawan beberapa kali sejak penemuannya. Pusat bandar bersejarahnya telah dikenalpasti sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1988. Merupakan sebahagian dari pentadbiran Mopti.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lokasi Djenné dalam Mali

Djenné telah ditemui pada 300 masihi oleh orang Bozo masyarakat setempat dikenali sebagai Djenné-Jeno. Ia memindahkan tapaknya dalam tahun 1043 atau abad ke-13, ketika bandar itu bertukar pada Islam. Ini menambah lagi kepentinganya sebagai pasar dan tapak untuk pertukaran trans-Saharan, seterusnya bersaing dengan Timbuktu.

Djenné tidak pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Mali. Ia wujud sebagai sebuah negeri bebas dan dilindungi dengan dinding dan permukaan geografi delta. Menurut legenda, Empayar Mali cuba menawan bandar tersebut sebanyak 99 kali sebelum menyerah kalah. Djenné tidak pernah ditawan sehingga tahun 1473 oleh Empayar Songhai di bawah Sonni Ali.

Bandar itu terus dijajah beberapa kali. Djenné merupakan sebahagian dari Empayar Bambara dari 1670 hingga 1818, Empayar Massina di bawah pemerintah Fula Amadou Lobbo dari 1818 hingga 1861, dan Empayar Toucouleur di bawah Umar Tall dari 1861 hingga 1893. Akhirnya Perancis menawan bandar Djenné tahun itu. Ketika ini, perdagangan mundur termasuk kepentingan bandar itu.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Tarikan-tarikan di sini termasuk makam Tupama Djenepo, yang mana dalam legenda telah berkorban ketika mengasaskan bandar Djenné, dan Jenné-Jeno yang tinggal, sebuah bandar utama dari Kurun ke-3 hingga Kurun ke-13.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

African Civilizations oleh John G. Jackson, Ciitadel Press

13°54′N 4°33′W / 13.900°N 4.550°W / 13.900; -4.550