Kristian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Masihi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri tentang
Kristian

Agama Kristian mengaku Yesus menjadi Kristus.

 
Yesus · Masihi
Kelahiran dara · Penyaliban · Kebangkitan · Easter · Yesus Kristus
Asas
Apostles · Gereja · Kepercayaan · Injil · Kerajaan · Perjanjian Baru
Bible
Perjanjian Lama · Perjanjian Baru ·
Kitab-kitab · Kanun · Apokrifa
Teologi
Pembelaan suatu pendirian · Pembaptisan · Kristologi · Bapa · Anak · Roh Kudus ·
Sejarah teologi · Keselamatan · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Garis masa · Mary · Peter · Paul ·
Bapa-Bapa · Awal · Constantine yang Hebat ·
Persidangan Kristian · Missions ·
Perpecahan Timur-Barat · Perang Salib ·
Reformasi Protestan
Denominasi dan gerakan
Templat:Christian denominations
Topik umum
Seni · Kritikan · Ekumenisme · Tahun liturgikal · Liturgi · Muzik · Agama lain · Sembahyang · Sermon · Simbolisme
P christianity.svg Portal Kristian

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע, Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

[sunting] Galeri

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain