Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Docklands Light Railway (DLR) |
 |
| Maklumat |
| Pemilik |
DLR Ltd; sebahagian daripada Transport for London (TfL) |
| Kawasan |
Greater London |
| Jenis transit |
metro ringan; sistem alihan laju |
| Jumlah stesen |
40 |
| Operasi |
| Mula beroperasi |
31 Ogos 1987 |
| Pengendali |
Serco Docklands Ltd |
| Teknikal |
| Panjang sistem |
34 km (21 batu) |
Docklands Light Railway (DLR) merupakan sistem metro ringan atau sistem rel ringan yang dibuka untuk kegunaan pada 30 Ogos 1987. Sistem ini dimajukan untuk memberi perkhidmatan di kawasan Docklands, London yang dibangunkan semula.
Gambaran keseluruhan [sunting]
Landasan DLR dibina sepanjang 19 batu (31 km)[1] dengan 45 buah stesen sepanjang rangkaiannya. Perkhidmatan DLR terbahagi kepada enam cabang iaitu: ke Lewisham (selatan), ke Stratford dan Stratford International (utara), ke Beckton atau Woolwich Arsenal (barat), dan London Tengah (timur) sama ada ke stesen Bank atau stesen Tower Gateway.[2] Walau bagaimanapun, hanya enam jenis perkhidmatan ulang-alik yang disediakan pada masa ini, seperti berikut:
- Stratford – Lewisham
- Bank – Lewisham
- Bank – Woolwich Arsenal
- Tower Gateway – Beckton
- Stratford International – Woolwich Arsenal (hari minggu, waktu puncak sahaja)
- Stratford International – Beckton

Kebanyakan stesen DLR ialah stesen bertingkat dan ada juga stesen DLR yang dibina pada aras jalan, landasan tarah serta di bawah tanah. Untuk tiba di platform, tanggga dan lif dibina. Beberapa buah stesen juga mempunyai kemudahan tangga bergerak. Kemudahan mesra pengguna kerusi roda telah disediakan sejak awal-awal pembinaan sistem ini kerana unsur ketersampaian pengguna dengan segera dan berkesan dititikberatkan.[3]
|
Sistem rel ringan UK
|
|
| Laluan trem |
|
Sedia ada
|
|
|
|
Akan datang
|
Edinburgh Trams
|
|
|
Dalam cadangan
|
EWAY · Trem Kota London · WWAY Belfast
|
|
|
Dibatalkan
|
Bristol Supertram · CITI Belfast · Cross River Tram · Leeds Supertram · Merseytram · Trem-Kereta Api Aliran Penistone · Trem London Barat
|
|
|
|
| Metro |
|
Sedia ada
|
|
|
|
Dalam cadangan
|
Rel Ringan London Utara dan Barat · Pekeliling London Barat
|
|
|