Malin Kundang (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Drama lipur lara Malin Kundang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Malin Kundang
Malinkundang.jpg
Genre Drama
Dimajukan oleh MD Entertainment
Pengarah Emil G Kampp
Dibintangi Desy Ratnasari, Fachry Albar, Alia Miranti
Komposer lagu tema Chossi Pratama
Lagu pembukaan "Malin Kundang" oleh Netta KD
Lagu penutup "Malin Kundang" oleh Netta KD
Komposer Iwang Modulus
Negara asal Indonesia
Bahasa Bahasa Indonesia
Penerbitan
Penerbit Dhamoo Punjabi, Manoj Punjabi
Penyunting David Yuliawan
Lokasi Padang, Jakarta, Bali
Tempoh siaran 40-45 minit
Penyiaran
Saluran asal IndonesiaSCTV
MalaysiaRTM2,TV3,TV9
Kronologi
Diikuti oleh Malin Kundang 2
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi


Malin Kundang adalah salah sebuah drama lipur lara Indonesia yang pernah ditayangkan SCTV dan di Malaysia dahulunya di RTM2, TV3 (untuk beberapa episod) dan TV9.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Malin adalah seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya, Zainab, di Padang, Sumatera Barat. Zainab adalah seorang janda yang menerima jahitan untuk menanggung anaknya selain sebagai buruh tani disawah milik Pak Salim. Pak Salim adalah tuan tanah dan dia sangat menginginkan Zainab untuk menjadi istrinya. Malin mengetahui hal itu, namun dia sangat tidak setuju lalu membenci Pak Salim.

Lily adalah anak Pak Salim yang sangat mencintai Malin. Namun, tentu cintanya bertepuk sebelah tangan, semata-mata kerana Malin sangat membenci ayahnya, Pak Salim, sehingga Malin tidak mahu membalas cinta Lily malah tidak mahu mengenali Lily.

Untuk mengejar mimpinya untuk menjadi orang kaya, akhirnya Malin pergi merantau ke Jakarta dan meninggalkan ibunya sendiri dikampung. Bengkel milik Pak Harun, saudara dikampungnya, yang ada di Jakarta adalah menjadi tujuan utama Malin agar ia bisa tinggal dan menetap di Jakarta. Tapi, di tengah perjalanannya mencari alamat bengkel Pak Harun, Malin dirompak yang mengakibatkan seluruh barang termasuk dompet yang menyimpan alamat tujuannya di Jakarta hilang.

Di Jakarta, Malin berkenalan dengan seorang gadis, Kartika, yang kaya-raya dan yang akhirnya mereka menjalin hubungan cinta.

Lama tak ada khabar berita dari Malin menambahkan kerisauan Zainab terhadap nasib anaknya diperantauan, akhirnya Zainab memutuskan untuk pergi ke Jakarta ditemani oleh Lily dengan berbekal wang simpanan Lili.

Namun, di Jakarta, Malin tidak mengaku yang Zainab ibunya. Setelah dirampas harta Kartika, Kartika dibunuh lalu mengahwini anak seorang peniaga jutawan iaitu Jenny dan berhasrat juga untuk merampas semua harta kekayaan keluarga itu. Kekalutan Malin untuk menjadi kaya dan membolot harta menyisih dan membuang Zainab dan menyusahkan orang di sekelilingnya hingga dia mendapat balasan yang setimpal.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Drama lipur lara ini memenangi Anugerah Program Ngetop SCTV pada tahun 2005.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]