Du Fu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tidak ada gambar sezaman buat Du Fu. Ini ialah lukisan terkemudian

Du Fu (Wade-Giles: Tu Fu; Bahasa Cina: 杜甫pinyin: Dù Fǔ; 712–770 M) ialah seorang pemuisi Cina terkemuka pada zaman Wangsa Tang.

Bersama-sama dengan Li Bai (Li Bo), beliau sering dipanggil pemuisi Cina yang teragung.[1] Cita-cita ulungnya ialah untuk berkhidmat pada negara sebagai seorang kakitangan kerajaan, akan tetapi beliau tidak dapat menbuat penyesuaisan diri yang diperlukan. Kehidupan beliau, seperti negaranya, diranapkan oleh Pemberontakan An Lushan yang berlaku dalam tahun 755, dan 15 tahun terakhir hayatnya dipenuhi dengan ketidaktenteraman yang berpanjangan.

Kendatipun pada awalnya beliau tidak dikenali penulis-penulis lain, karya-karya beliau menjadi amat berpengaruh dalam budaya persuratan Cina dan Jepun. Daripada penulisan puisinya, hampir 1,500 rangkap puisi kekal.[1] Beliau digelar "Pemuisi-Sejarawan" dan "Pemuisi-Pendeta" oleh para pengkritik Cina, sementara julat karyanya amat luas.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Ebrey, 103.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]