E-Sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

E-Sekolah ialah Versi Baru Sistem e-Pantau yang digunakan oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Sistem ini merangkumi Sistem Maklumat Murid Berkomputer, Sistem Pengurusan Peperiksaan, Sistem Merit Demerit, Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar.

Sistem ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah untuk berubah kepada pengurusan berasaskan ICT. Semua aplikasi dalam Sistem e-Sekolah boleh dilaksanakan melalui sistem rangkaian setempat (LAN) yang mana aplikasi yang menyimpan data akan diinstall dalam komputer server manakala aplikasi untuk kemasukan data diinstall di komputer-komputer client yang disambung melalui wired atau wireless. Ini bermakna pengguna boleh memasukkan data di mana-mana komputer client di bawah sistem LAN.

Penyimpanan data secara setempat adalah kaedah yang lebih cekap dalam pengurusan maklumat digital. Maklumat bukan sahaja dapat dikemaskini secara online tetapi juga dapat mengguna data yang terkini untuk sebarang kegunaan. Urusan-urusan seperti analisis enrolmen murid terkini dapat diperoleh melalui satu ketipan jari sahaja. Urusan murid bertukar sekolah dapat dilaksanakan dengan pantas, cekap dan sempurna kerana sebahagian besar maklumat sudah pun tersedia. Benarlah ungkapan mengatakan "penggunaan ICT, maklumat di hujung jari".

Pengurusan berasaskan ICT bukan sahaja mudah tetapi berubah ke arah pengurusan digital membawa sekolah selangkah ke hadapan kerana teknologi ICT adalah teknologi masa hadapan. Pengurus sekolah boleh mendidik ahli organisasi berusaha menggunakan ICT dalam pengurusan harian mereka dan seterusnya mendorong mereka memiliki teknologi seperti memiliki komputer desktop atau notebook. Kalau pengurus sekolah menggunakan emel untuk mberhubung dengan ahli organisasi mereka, maka mereka akan berusaha pula mengadakan kemudahan internet di rumah mereka. Secara tidak langsung semua warga sekolah mendekati ICT, mengaplikasi setiap hari dan kemahiran mereka meningkat hari demi hari.

Sebahagian besar guru-guru hari ini telah terdedah dengan kemahiran asas ICT dan mereka tidak kekok lagi untuk menggunakan teknologi tersebut dalam tugas harian mereka. Cuma mereka perlu diberi peluang untuk mengaplikasinya melalui penggunaan pelbagai aplikasi seperti antaranya terdapat dalam Sistem e-Sekolah. Portal E-Belajar di Malaysia Diarkibkan 2010-10-04 di Wayback Machine