Sistem Merit Demerit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej.

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) kerana nama-nama murid di'link' dari SMM.

SPD bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap perlanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer.

Pada awal tahun setiap murid dianugerahkan 40 markah yang perlu dijaga sepanjang tahun. Murid yang melakukan perlanggaran disiplin markahnya akan berkurangan dan sekiranya mereka memberi sumbangan markahnya akan bertambah. Setiap murid yang markah demeritnya telah berkurangan sehingga 10 akan diambil tindakan menghantar surat makluman kepada ibu bapa. Murid ini juga boleh dikenakan tindakan rotan. Tambahan bilangan rotan atau digantung persekolahan sekiranya markah sentiasa berkurangan sehingga kepada tindakan buang sekolah jika markah 40 tadi tidak berbaki lagi.

Sistem ini telah dibangunkan oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasa menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman dan sekarang digunapakai di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman, Terengganu.