Edward Drinker Cope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Edward Drinker Cope
Cope Edward Drinker 1840-1897.jpg
Kelahiran 28 Julai 1840(1840-07-28)
Philadelphia, Pennsylvania, AS
Kematian 12 April 1897 (umur 56)
Philadelphia, Pennsylvania, AS
Kerakyatan Amerika
Agama Quaker

Edward Drinker Cope (28 Julai 1840 – 12 April 1897) ialah seorang ahli paleontologi dan anatomi perbandingan berbangsa Amerika Syarikat dan juga seorang pakar ular dan ikan. Beliau merupakan pengasas fahaman Neo-Lamarckisme. Cope yang lahir kepada seorang keluarga Quaker yang kaya menempah nama sebagai kanak-kanak genius yang berminat pada sains; beliau menerbitkan kertas kerja sains sulungnya pada umur 19 tahun. Biarpun bapanya cuba membesarkan Cope sebagai petani budiman, namun dia akhirnya akur kepada aspirasi anaknya dalam sains. Cope mengahwini sepupunya dan beranak seorang; keluarganya berpindah dari Philadelphia ke Haddonfield, New Jersey, tetapi Cope menyimpan kediaman dan muziumnya di Philadelphia di akhir hayatnya.

Cope tidak banyak menerima latihan sains secara formal, dan menolak jawatan pengajar untuk bekerja d lapangan. Beliau kerap mengunjungi rantau barat AS untuk mencari gali pada 1870-an dan 1880-an sebagai ahli pasukan Pantauan Geologi Amerika Syarikat. Pertelingkahan peribadi antara Cope dan ahli paleontologi Othniel Charles Marsh mencetuskan sezaman persaingan mencari fosil yang kini bergelar Perang Tulang. Keadaan kewangan Cope merosot setelah usaha perlombongannya gagal pada 1880-an, menyebabkan beliau terpaksa menjual sebahagian besar koleksi fosilnya. Kerjayanya bangkit semula menjelang akhir hayatnya sebelum beliau meninggal pada 12 April 1897.

Walaupun hampir dimufliskan oleh kerjaya sainsnya, namun sumbangan Cope telah membantu memantapkan bidang paleontologi Amerika. Beliau adalah seorang penulis berbakat yang telah menghasilkan 1,400 helai kertas kerja sepanjang hayatnya, namun ketepatan kerja-kerjanya yang diterbitkan begitu cepat diragui oleh para pesaingnya. Beliau telah menemui, memerikan dan menamai lebih daripada 1,000 spesies vertebra, termasuk ratusan ikan dan puluhan dinosaur. Usulnya tentang asal-usul gigi geraham mamalia serta pembesaran beransur-ansur spesies mamalia sepanjang zaman geologi ("hukum Cope") adalah antara sumbangan teorinya yang terkenal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]