Ekstradisi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Serah balik ialah proses rasmi di mana satu negara atau negeri meminta dan dapat dari negara atau negeri lain penyerahan penjenayah yang disyaki atau dihukum. Antara negara, ekstradisi dikawal oleh perjanjian. Antara kawasan subnasional (sebagai contoh, negeri-negeri di Amerika Syarikat), di mana ekstradisi diperlukan mengikut undang-undang dan lebih tepat dirujuk sebagai rendisi.

Perjanjian serah balik[sunting | sunting sumber]

Sepersetujuan dalam undang-undang antarabangsa adalah bahawa setiap negara tidak diwajibkan menyerahkan mana-mana penjenayah kepada negara asing. Ini berdasarkan salah satu prinsip kedaulatan yang memberikan setiap negara autoriti undang-undang terhadap orang-orang di dalam sempadannya. Ketiadaan kewajipan antarabangsa tersebut serta keinginan negara untuk memperoleh hak menuntut penjenayah negara asing telah menyebabkan banyak perjanjian serah balik diikat; kebanyakan negara di seluruh dunia telah mengikat perjanjian serah balik dwipihak dengan negara-negara yang lain. Walaupun demikian, masih tidak adanya satu negara di dunia ini yang berjaya mengikat perjanjian serah balik dengan semua negara yang lain; misalnya, Amerika Syarikat masih tidak mempunyai perjanjian serah balik dengan melebihi 50 buah negara, termasuk Republik Rakyat China, Namibia, dan Korea Utara.

Adanya dua jenis perjanjian serah balik, iaitu perjanjian senarai dan perjanjian dwikriminaliti. Yang paling biasa dan tradisional ialah perjanjian senarai yang mengandungi senarai jenayah yang boleh mengakibatkan serah balik. Perjanjian dwikriminaliti yang diamalkan sejak dekad 1980-an umumnya membenarkan penyerahan balik seseorang penjenayah yang disyaki hanya jika hukuman yang terbabit melebihi setahun pemenjaraan dalam kedua-dua negara. Kekadangnya, tempoh pemenjaraan yang disetujui antara kedua-dua negara itu berbeza-beza. Bagi kedua-dua jenis perjanjian, jika sesuatu kesalahan yang dilakukan bukannya jenayah dalam kedua-dua negara, maka kesalahan yang dilakukan itu tidak akan menyebabkan penyerahan balik.

Secara amnya, setiap perjanjian serah balik memerlukan negara yang meminta penyerahan balik membuktikan bahawa:

  • Jenayah yang berkenaan adalah cukup serius.
  • Terdapatnya kes prima facie terhadap orang yang dimintai.
  • Kesalahan yang berkenaan merupakan jenayah di kedua-dua negara.
  • Orang yang diserah balik boleh menerima pembicaraan yang agak adil di negara penerima.
  • Hukuman yang mungkin dikenakan adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]