Namibia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Namibia
Nama-nama dalam bahasa rasmi
Bendera Namibia
Jata Namibia
Bendera Jata
Cogan kata"Unity, Liberty, Justice"
Lagu kebangsaanNamibia, Land of the Brave
Kedudukan Namibia (biru gelap) dalam Kesatuan Afrika (biru cair)
Kedudukan Namibia (biru gelap) dalam Kesatuan Afrika (biru cair)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Windhoek
22°34′S 17°5′E / 22.567°S 17.083°E / -22.567; 17.083
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa kebangsaan
Bahasa umum
yang diakui
Kumpulan etnik
(2014)
  • 49.5% Ovambo
  • 9.2% Kavango
  • 8.0% Berwarna
    – (termasuk Baster)
  • 7.0% Herero
  • 7.0% Damara
  • 7.0% Kulit putih
  • 4.7% Nama
  • 3.5% Lozi
  • 3.0% San
  • 0.6% Tswana
  • 0.5% Lain-lain
KerajaanRepublik unitari semipresiden berparti dominan[9][10]
• Presiden
Nangolo Mbumba
Netumbo Nandi-Ndaitwah
Saara Kuugongelwa-Amadhila
• Timbalan Perdana Menteri
vacant
Badan perundanganParlimen
Majlis Kebangsaan
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan daripada Afrika Selatan
9 Februari 1990
• Kemerdekaan
21 Mac 1990
Keluasan
• Jumlah
825,615 km2 (318,772 bt2) (ke-34)
• Perairan (%)
Boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2017
2,606,971[11]
• Bancian Penduduk 2011
2,113,077[12]
3.2/km2 (8.3/sq mi) (235th)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$27.505 bilion[13]
$11,516[13]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$14.148 bilion[13]
$5,923[13]
Gini (2015)59.1[14]
tinggi
HDI (2018)0.645[15]
sederhana · 130th
Mata wangDolar Namibia
(NAD)
Rand Afrika Selatan (ZAR)
Zon waktuUTC+2 (CAST)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+264
Kod ISO 3166NA
DPT internet.na

Namibia, secara rasminya Republik Namibia, ialah sebuah negara di bahagian selatan Afrika di pinggir Lautan Atlantik. Negara ini bersempadan dengan Angola dan Zambia di utara, Zimbabwe di timur laut, Botswana di timur, dan Afrika Selatan di selatan. Namibia mencapai kemerdekaan daripada Afrika Selatan pada tahun 1990 dan kini merupakan salah satu ahli Komuniti Pembangunan Bahagian Selatan Afrika (SADC) dan Kesatuan Afrika (AU). Ibu negaranya Windhoek.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Puak Herero, kira-kira 1910.

Tanah-tanah kering Namibia telah didiami oleh manusia sejak awal lagi oleh puak-puak Bushmen, Damara, serta Namaqua, dan sejak abad ke-14, oleh orang-orang Bantu dengan pengembangan mereka. Kawasan ini tidak dijelajahi secara meluas oleh orang-orang Eropah sehingga abad ke-19, ketika tanah itu dikuasai oleh Jerman sebagai Afrika Barat Daya — selain daripada Teluk Walvis yang dikuasai oleh British. Afrika Selatan menduduki tanah jajahan ini semasa Perang Dunia I dan mentadbirkannya sebagai sebuah wilayah mandat Liga Bangsa-bangsa sehingga selepas Perang Dunia II, apabila Afrika Selatan merampas wilayah itu tanpa pengiktirafan antarabangsa.

Pada tahun 1966, kumpulan gerila Pertubuhan Rakyat Afrika Barat Daya (SWAPO) yang bersifat Marxisme melancarkan perang kemerdekaan, tetapi tidaklah sehingga 1988 bahawa Afrika Selatan bersetuju untuk menamatkan pentadbirannya di Namibia, menurut rancangan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk seluruh wilayah itu. Kemerdekaan dicapai pada tahun 1990, dan Teluk Walvis diserahkan kepada Namibia pada tahun 1994.

Politik[sunting | sunting sumber]

Hifikepunye Pohamba, Presiden Namibia
Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Namibia boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Namibia.

Ketua Negara Nambia ialah presiden yang dipilih melalui pilihan raya umum setiap lima tahun. Kerajaan Nambia diketuai oleh seorang perdana menteri yang, bersama-sama dengan kabinetnya, dilantik oleh Presiden. SWAPO, kuasa yang utama di belakang kemerdekaan Namibia masih merupakan parti politik yang terbesar di negara.

Parlimen Namibia dwidewan terdiri daripada Dewan Negara dengan 26 kerusi yang diduduki oleh dua orang ahli yang dilantik daripada setiap dewan kawasan untuk berkhidmat selama enam tahun; Dewan Undangan terdiri daripada 78 kerusi, dengan 72 orang ahli dipilih melalui pilihan raya, dan enam ahli tak mengundi yang dilantik oleh presiden. Kesemua 78 ahli dewan undangan berkhidmat untuk tempoh lima tahun.

Dewan Undangan merupakan badan perundangan yang utama, dengan Dewan Negara memainkan peranan penasihat. Perlembagaan Namibia 1990 merupakan salah satu perlembagaan yang pertama di dunia yang mengandungi perlindungan alam semula jadi dalam teksnya.

Badan kehakiman Namibia yang tertinggi ialah Mahkamah Agung. Hakim-hakimnya dilantik oleh Presiden melalui nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman.

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan-kawasan Namibia

Namibia dibahagikan kepada 13 buah kawasan yang dibahagikan pula kepada 102 kawasan pilihan raya. Kawasan-kawasan ini ialah:

  1. Caprivi
  2. Erongo
  3. Hardap
  4. Karas
  5. Okavango
  6. Khomas
  7. Kunene
  8. Ohangwena
  9. Omaheke
  10. Omusati
  11. Oshana
  12. Oshikoto
  13. Otjozondjupa

Geografi[sunting | sunting sumber]

Peta Namibia

Pandangan darat Namibia terdiri terutamanya daripada tanah tinggi tengah. Titik tertingginya ialah Brandberg, dengan ketinggian 2,606 meter (8,550 kaki). Penara tengahnya menganjur dari utara ke selatan, dan disempadankan oleh Gurun Namib dan dataran pantai di barat, Sungai Orange di selatan, dan Gurun Kalahari di timur.

Jalur tanah di timur laut yang dikenali sebagai Jalur Caprivi ialah bekas koridor sempit yang dibatasi supaya Jerman dapat masuk ke Sungai Zambezi. Iklim Nambia berbeza-beza antara iklim gurun dengan iklim subtropika, dan secara amnya, adalah panas dan kering; hujannya jarang dan tidak tentu. Arus Benguela yang dingin dan mengalir menujui utara memberikan sebahagian hujan ini. Selain daripada ibu negara Windhoek di pusat negara, bandar-bandar penting yang lain termasuk Pelabuhan Teluk Walvis dan Pelabuhan Swakopmund, serta Oshakati, Grootfontein, Tsumeb dan Keetmanshoop.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Hubungan dengan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah syarikat Malaysia membuka kilangnya di Namibia. Ramatex Bhd., syarikat tempatan yang mengeluarkan pakaian di Namibia menjangkakan perolehan sebanyak RM950 juta (AS$250 juta) pada akhir tahun ini hasil eksport produknya ke pasaran Eropah.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menjangkakan pengeluaran pakaian sebanyak 150,000 dozen dengan perolehan bulanan sebanyak RM190 juta (AS$50 juta).

Katanya, kilang yang beroperasi di atas tanah seluas 65 hektar di pinggir bandar Windhoek itu, kini mempunyai seramai 5,000 pekerja yang berupaya menghasilkan sehingga 700,000 kilogram baju kait setahun.

"Kami berhasrat menambah bilangan pekerja sehingga 15,000 orang tidak lama lagi untuk mencapai matlamat menjadi pengeluar unggul pakaian di pasaran Eropah," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Seminar Perniagaan Namibia anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Namibia di Malaysia di Hotel Equatorial di sini hari ini.

Seminar yang disertai oleh 60 ahli perniagaan dan pelabur tempatan itu, dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Menurut Ahmad Zahid, kilang bersepadu di Windhoek lengkap dengan mesin-mesin berkuasa tinggi keluaran mula beroperasi pada 2001 dengan pelaburan sebanyak RM760 juta (AS$200 juta).(Utusan Malaysia - 25 Jun 2006)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Communal Land Reform Act, Afrikaans" (PDF). Government of Namibia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 February 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  2. ^ "Communal Land Reform Act, German" (PDF). Government of Namibia. Dicapai pada 18 February 2016.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Communal Land Reform Act, Khoekhoegowab" (PDF). Government of Namibia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 February 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  4. ^ "Communal Land Reform Act, Otjiherero" (PDF). Government of Namibia. Dicapai pada 18 February 2016.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Communal Land Reform Act, Oshiwambo" (PDF). Government of Namibia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 March 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  6. ^ "Communal Land Reform Act, Rukwangali" (PDF). Government of Namibia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 February 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  7. ^ "Communal Land Reform Act, Setswana" (PDF). Government of Namibia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 February 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  8. ^ "Communal Land Reform Act, Lozi" (PDF). Government of Namibia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 February 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  9. ^ Shugart, Matthew Søberg (September 2005). "Semi-Presidential Systems: Dual Executive and Mixed Authority Patterns" (PDF). Graduate School of International Relations and Pacific Studies. United States: University of California, San Diego. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Ogos 2008. Dicapai pada 4 September 2016.
  10. ^ Shugart, Matthew Søberg (Disember 2005). "Semi-Presidential Systems: Dual Executive And Mixed Authority Patterns" (PDF). French Politics. 3 (3): 323–351. doi:10.1057/palgrave.fp.8200087. Dicapai pada 4 September 2016.
  11. ^ "CountryMeters – Namibia population". CountryMeters. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  12. ^ https://cms2.my.na/assets/documents/p19dmlj9sm1rs138h7vb5c2aa91.pdf
  13. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 20 January 2019.
  14. ^ "GINI index (World Bank estimate)". data.worldbank.org. World Bank. Dicapai pada 20 January 2019.
  15. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 December 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Ngarai Namibia
Twyfelfontein di Gurun Namibia
Mirabilis (wanita) Welwitschia di Namibia

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Berita[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]