El Dorado
El Dorado (bahasa Sepanyol: "yang bersepuh emas") adalah sebuah legenda yang bermula dengan cerita tentang seorang ketua suku Amerika Selatan yang meliputi dirinya dengan debu emas.
Asal-usul legenda
[sunting | sunting sumber]Mitos bermula pada tahun 1530 di Andes (kini dikenali sebagai Colombia), di mana conquistador Gonzalo Jimenez de Quesada menemui Muisca (1537), sebuah negara moden di Cundinamarca dan tanah tinggi Boyacá di Colombia. Cerita tentang ritual-ritual Muisca adalah disebabkan Quito oleh Sebastian de Belalcazar; bercampur dengan desas-desus lain, timbul pula legenda El Dorado, Lelaki Keemasan— el indio dorado, orang India keemasan, dan el rey dorado, Raja Emas. Apabila difikirkan sebagai sebuah tempat, El Dorado menjadi sebuah negara, satu empayar, bandar ini terkenal raja keemasan.
Majlis suku kaum
[sunting | sunting sumber]Cerita asalnya boleh dijumpai dalam sejarah merewang, El Carnero, oleh Juan Rodriguez Freyle. Menurut Freyle, raja atau ketua sami Muisca dikatakan telah dilitupi dengan debu emas secara ritual dalam satu perayaan keagamaan yang diadakan di Tasik Guatavita, Bogotá.
Dalam tahun 1636 Juan Rodriguez Freyle menulis sebab-sebabnya, dan dialamatkan kepada kawannya Don Juan, cacique atau gabenor Guatavita:
- Majlis berlangsung pada upacara perlantikan seorang pemerintah baru. Sebelum mengambil alih kuasa, seseorang lelaki itu akan meluangkan masa berseorangan di dalam sebuah gua, tanpa wanita-wanita, dilarang untuk makan garam dan lada hitam, atau keluar pada waktu siang. Cabaran pertama buat lelaki tersebut ialah pergi ke lagun besar di Guatavita, untuk membuat tawaran dan pengorbanan untuk hantu yang mereka puja sebagai tuhan. Semasa upacara yang berlangsung di lagun tersebut, mereka membuat sebuah rakit dengan tergesa-gesa, mencantikkan dan menghiasnya dengan kebanyakan benda menarik yang mereka ada. Mereka meletak empat cahaya api (braziers) yang dibakar menggunakan moque iaitu merupakan kemenyan bumiputera ini, dan juga damar dan wangi-wangian lain. Lagun tersebut besar dan dalam, jadi kapal tersebut boleh belayar di situ. Kapal tersebut penuh dengan lelaki dan perempuan yang berpakaian baik, plak-plak emas serta mahkota... Kemudian, apabila api diatas rakit rakit mula membakar kemenyan, mereka akan menyalakan api (braziers) di pantai, agar asapnya dapat menyembunyikan cahaya matahari.
- Pada masa ini mereka menanggalkan pakaian bakal raja tersebut dan kulitnya disapukan dengan tanah melekit yang ada debu emas. Jadi, dia dilitupi sepenuhnya dengan logam ini. Mereka meletakkannya di atas rakit ... dan di kakinya diletakkan dengan begitu banyak emas dan zamrud untuk ditawarkan untuk tuhannya. Ketika di atas rakit pula, dia diiringi dengan empat orang ketua utamanya, dihiasi dengan mahkota, gelang, loket dan subang emas. Mereka juga berbogel dan setiap orang akan membawa tawaran-tawaran yang lain.... apabila rakit tiba di pusat lagun, mereka mengibarkan sepanduk atau bendera sebagai isyarat untuk senyap. Kemudian dia akan menyimbah kesemua timbunan emas ke dalam tasik, dan ketua-ketua yang mengiringinya juga melakukan perkara yang sama..... Selepas itu mereka merendahkan bendera. Kemudian, rakit tersebut mula kembali ke arah pantai, pekikan bermula sekali lagi, dengan seruling, serunai, dan sepasukan besar penyanyi dan penari. Dengan majlis ini,barulah pemerintah baru tersebut diterima, dan dikenali sebagai tuhan dan raja.
Dipercayai bahawa ritual-ritual ini telah dijalankan oleh Muisca dibeberapa buah tasik di wilayah mereka.
Bandar Muisca dan khazanahnya jatuh dengan cepat kepada conquistador. Setelah melihat semula wilayah yang ditakluki, Orang-orang Sepanyol menyedari bahawa — berdasarkan kuantiti emas di tangan Orang-orang India — sebenarnya tidak ada 'golden cities' atau bandar emas, mahupun lombong yang kaya dengan emas, kerana Muiscas memperdagangkan kesemua emas mereka. Tetapi pada masa yang sama, Spanish mula mendengar cerita-cerita mengenai El Dorado daripada orang india yang ditangkap.Lalu membunuh mereka untuk mengambil alih lagun Guatavita.
Guatavita pada hari ini mempunyai lekuk pada cerun tepinya, peninggalan cubaan mengeringkan tasik tersebut pada 1580.
Ekspedisi
[sunting | sunting sumber]El Dorado digunakan bagi negeri rekaan dimana emas dan batu permata terdapat dalam jumlah yang banyak. Konsep El Dorado melalui banyak perubahan, dan akhirnya kisah mitos yang lebih awal digabungkan dengan bandar lagenda. Kisah El Dorado yang terhasil menarik minat penjajah Eropah selama dua abad, tidak pernah dijumpai, sentiasa hanya dipinggir had penjajahan.
Pengembaraan paling terkenal dalam pencarian El Dorado dilakukan oleh Francisco de Orellana dan Gonzalo Pizarro (1541), yang menghilir Rio Napo ke lembah Sungai Amazon sehingga ke deltanya.
Ekspedisi lain termasuk oleh Philipp von Hutten (1541–1545), yang mengetuai kumpulan penjelajah dari Coro persisiran Venezuela; dan Gonzalo Jiménez de Quesada, Governor of El Dorado, yang bermula dari Bogotá (1549).
Sir Walter Raleigh, yang menyambung pencarian dari 1595, menggambarkan El Dorado sebagai bandar di Tasik Parima jauh di sungai Orinoco yang mengalir dalam kawasan Guiana (hari ini terletak dalam Venezuela). Bandar ini kerap ditandakan para pemeta dan sehingga kewujudannya dibukti palsu oleh Alexander von Humboldt (1769–1859).
Antara cerita menarik adalah yang dikisahkan oleh leftenan Martinez bawah Diego de Ordaz, yang mendakwa diselamatkan dari kapal pecah, di bawa ke pendalaman di Omoa oleh "El Dorado" sendiri (1531);
Metafora
[sunting | sunting sumber]Dalam mitos Muisca hari ini, El Dorado (Mnya) melambangkan kuasa terkandung dalam triniti Chiminigagua, yang membentuk kuasa kreatif bagi semua benda yang wujud. Chiminigagua, bersama Bachué, Cuza, Chibchachum, Bochica dan Nemcatacoa, salah satu pencipta alam sejagat.
Sementara itu nama El Dorado telah digunakan secara metafor bagi semua tempat di dunia di mana kekayaan didapati dengan mudah. Ia diberikan kepada El Dorado County, California, dan bandar dan pekan di pelbagai negeri. Dalam penulisan lagenda ini sering disebut, terutama yang paling terkenal adalah Paradise Lost oleh John Milton(Book xi. 408-411) dan dalam Candide oleh Voltaire (chs. 18, 19). "El Dorado" adalah judul dan subjek empat versa puisi oleh Edgar Allan Poe.
El Dorado juga kadang kala digunakan sebagai metafor sebagai matlamat akhir atau "Piala Suci" yang dicari-cari sepanjang hayat. Ia mungkin melambangkan cinta sebenar, syurga, kegembiraan, atau kejayaan. Ia juga kadang kala digunakan sebagai kiasan bagi sesuatu yang amat dikehendaki tetapi mungkin tidak benar, atau sekurang-kurangnya tidak mungkin tercapai. Kegunaannya jelas dalam puisi Edgar Allan Poe yang terkenal, "El Dorado". Dalam konteks ini, El Dorado menyerupai mitos lain seperti Pancutan Remaja, Shangri-la, dan pada sesetengah tahap dengan istilah "paus putih" yang merujuk kepada ketaksuban Kapten Ahab dalam buku Moby Dick.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Bandelier, A. F. A. The Gilded Man, El Dorado (New York, 1893).
- Freyle, Juan Rodriguez. El Carnero: Conquista y descubrimiento del Nuevo Reino de Granada. ISBN 84-660-0025-9
- Hagen, Victor Wolfgang von. The Gold of El Dorado: The Quest for the Golden Man
- Nicholl, Charles. The Creature in the Map, London, 1995 ISBN 0-09-959521-4
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Precolumbian Golden Boat Diarkibkan 2006-09-24 di Wayback Machine Famous golden figure based on El Dorado rite (housed in the Gold Museum at Bogotá, Colombia)