Bogotá

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 4°35′53″N 74°4′33″W / 4.59806°U 74.07583°B / 4.59806; -74.07583

Bogotá
Pemandangan Bogota daripada Menara Colpatria
Pemandangan Bogota daripada Menara Colpatria
Bendera  Bogotá
Bendera
Mohor rasmi bagi Bogotá
Mohor
Nama samaran: Athens Amerika Latin
Moto: Bogotá, 2600 metros más cerca de las estrellas
Bogotá, 2600 meter lebih dekat kepada bintang-bintang
Bogota Capital District.png
Negara Colombia
Jabatan Bogotá, D.C.*
Penubuhan 6 Ogos 1538
Kerajaan
 - Datuk bandar Samuel Moreno Rojas
Kawasan
 - Bandar 612.7 batu persegi (1,587 km²)
Kepadatan (banci 2005) [1]
 - Bandar 6,778,691
 - Metro 8,090,883
*Bogotá terletak didalam wilayah Cundinamarca.
Laman web:
Laman web rasmi
Laman web rasmi Datuk Bandar
Pelancongan Bogotá

Bogotá— nama rasmi Bogotá, DC. (D.C singkatan untuk "Distrito Capital", yang bermaksud "Daerah Ibu Negara"), juga dipanggil Santafé de Bogotá, dan diberi gelaran "Athens Amerika Latin" —adalah ibu negara Colombia, serta bandar raya paling besar dan paling ramai penduduk di negara ini dengan 6,776,009 orang penduduk (banci 2005). Bogotá dan Soacha, pinggir ibu negara terbesar, mempunyai anggaran penduduk 7,881,156 [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya dinamakan Bacatá oleh orang-orang Muiscas, ia adalah pusat tamadun mereka sebelum penjelajah Sepanyol menjajah kawasan berkenaan, dan ia menampung satu populasi yang besar. Penempatan orang Eropah ditubuhkan dalam bulan 6 Ogos 1538, oleh Gonzalo Jiménez de Quesada dan diberi nama sebagai "Santafé de Bacatá" sempena tempat kelahirannya Santa Fé dan nama tempatan. "Bacatá" telah menjadi "Bogotá" moden pada masa ia telah dijadikan ibu kota Kerajaan Baru Granada, yang pada ketika itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Wizurai Peru, dan kemudian sebahagian daripada Wilayah Wizurai New Granada. Bandar ini kemudian menjadi satu pusat kolonial Sepanyol dan tamadun di Amerika Selatan.

Semasa tahun 1810-11 warganegaranya memberontak terhadap pemerintahan Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan mereka sendiri, tetapi perlu menghadapi masalah dalaman dan terpaksa diserahkan kepada tentera Sepanyol yang mengambil alih kuasa memerintah bandar raya daripada tahun 1816 sehingga tahun 1819, apabila Simón Bolívar menakluknya selepas kemenangannya dalam Pertempuran Boyacá. Bogotá kemudiannya dijadikan ibu kota Gran Colombia, satu penggabungan persekutuan wilayah-wilayah moden Panama, Colombia, Venezuela dan Ecuador. Apabila republik itu dibubarkan kepada bahagian-bahagian tertentu, Bogotá dikekalkan menjadi ibu kota New Granada, yang kemudiannya menjadi Republik Colombia. Lihat Sejarah Colombia.

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera berasal daripada pergerakan pemberontakan menentang pihak berkuasa penjajah, yang bermula pada 20 Julai 1810. Sepanjang pemberontakan ini, pemberontak memakai gelang tangan berwarna kuning dan merah, kerana warna-warna ini merupakan satu-satunya warna dalam Bendera Sepanyol yang merupakan bendera yang digunakan Kerajaan Baru Granada.

Jata[sunting | sunting sumber]

Jata bandar raya Bogota telah dikurniakan oleh maharaja Charles V (Charles I Sepanyol) kepada Kerajaan Baru Granada, secara dekri diraja yang diberi di Valladolid, Sepanyol pada 3 Disember, 1548. Ia mengandungi satu helang hitam di tengah, yang melambangkan ketabahan. Helang merupakan satu simbol keluarga diraja Habsburg, yang merupakan keluarga diraja empayar Sepanyol pada ketika itu. Helang tersebut dimahkotakan dengan makhota emas dan menggengam delima merah berlatar belakang keemasan. Sempadannya mengandungi ranting pohon zaitun dengan sembilan buah delima keemasan dalam satu latarbelakang biru. Dua buah delima merah melambangkan keberanian, mana kala sembilan buah delima keemasan mewakili sembilan buah negeri yang merangkumi Kerajaan Baru Granada pada masa itu.

Pada 1932 jata ini adalah secara rasminya dikenali dan diterima sebagai simbol bandar raya Bogotá.

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mapa administrativa Bogota.png

Bogotá terbahagi kepada 20 bahagian atau perbandaran tempatan iaitu:

1.Usaquén
2.Chapinero
3.Santa Fe
4.San Cristóbal
5.Usme
6.Tunjuelito
7.Bosa
8.Kennedy
9.Fontibon
10.Engativá
11.Suba
12.Barrios Unidos
13.Teusaquillo
14.Los Mártires
15.Antonio Nariño
16.Puente Aranda
17.La Candelaria
18.Rafael Uribe Uribe
19.Ciudad Bolívar
20.Sumapaz

Bandar raya ini kemudiannya boleh dipecahkan kepada 7 zon atau zona yang utama dengan perwatakannya yang tersendiri, iaitu:

  • Zona 1 Norte (Utara). Ini adalah zon kelas atasan yang termoden sekali. Ia merupakan kawasan penempatan berpendapatan paling tinggi dengan pusat-pusat perniagaan yang penting , restoran-restoran terbaik, pusat-pusat membeli-belah , mana kala kehidupan malam boleh didapati di Zona Rosa. Zona Rosa atau dalam bahasa Melayu "Zon Merah Jambu" merupakan tumpuan orang kaya kerana ia mempunyai banyak disko, bar dan restoran ekslusif sebahagiannya bertaraf antarabangsa seperti Hard Rock Cafe
  • Zona 2 Noroccidente (Timur). Bandar raya ini semakin berkembang ke arah zon ini.
  • Zona 3 Occidente (Barat). Sektor di barat ini mengandungi kawasan perindustrian, serta Universiti Nasional dan Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado.
  • Zona 4 Sur (Selatan). Zon-zon perindustrian dan barrios buruh yang besar terletak di selatan.
  • Zona 5 Centro (Pusat). Sektor pusat ini adalah sektor perniagaan, kebudayaan, kerajaan dan kewangan yang paling utama dan terpenting.
  • Zona 6 Kawasan-kawasan di sekitar.
  • Zona 7 Bandar-bandar lain.

Kolej dan universiti[sunting | sunting sumber]

Bangunan Kesenian di Universiti Nasional

Kolej-kolej dan universiti-universiti di Bogota mempunyai kesan besar ke atas bandar raya dan ekonomi rantau ini. Bukan sahaja mereka adalah majikan-majikan utama, bahkan mereka juga menarik inudstri-industri antarabangsa ke bandar dan rantau sekeliling, termasuk industri penting seperti industri teknologi.

Bandaraya kembar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. DANE, Censo General 2005 Resultados Area Metropolitana de Bogotá

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 4.6117° U -74.076° T

Didahului oleh
Turin
Buku Ibu Negara Dunia
2007
Diikuti oleh:
Amsterdam