Quito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
San Francisco de Quito
Nama samaran: Luz de América
Peta menunjukkan kedudukan Quito
Peta menunjukkan kedudukan Quito
Koordinat: 00°15′00″S 78°35′00″B / 0.25000°S 78.58333°B / -0.25000; -78.58333{{#coordinates:}}: garis bujur tidak sah
Negara
  Provinsi
    Kanton
Ecuador
  Pichincha
    Quito
Kerajaan
 - Datuk bandar Paco Moncayo
Kepadatan (anggaran 2005)
 - Jumlah 1,865,541 (kanton)
Zon masa ECT (UTC-5)
 - Musim panas (DST) ECT (UTC-5)
Laman web: http://www.quito.gov.ec

Quito (nama rasmi: San Francisco de Quito) ialah ibu negara Ecuador di barat laut Amerika Selatan. Ia terletak di Ecuador utara (lihat peta satelit NG MapMachine) di Lembangan Guayllabamba pada lereng timur Gunung Pichincha [1] (15,728 kaki; 4,794 m), sebuah strato-gunung berapi yang aktif di banjaran Andes. Tingginya bandar raya ini 9,300 kaki (2,850 m) di atas aras laut (diukur di Plaza de la Independencia) dan oleh itu, merupakan ibu negara yang kedua tertinggi di dunia. (Bagaimanapun, terdapat kekeliruan tentang kedudukan Quito sebagai ibu negara yang kedua tertinggi di dunia kerana La Paz, Bolivia merupakan bandar raya kerajaan Bolivia sedangkan ibu negaranya yang sah adalah di Sucre.) Jumlah penduduk Quito, menurut banci yang paling baru (2001), 1,399,378. Bagaimanapun pada tahun 2005, anggaran jumlah penduduk 1,865,541 (kanton). Keluasan Quito lebih kurang 112 batu persegi (290 km²).

Quito terletak lebih kurang 15 batu (25 km) di selatan khatulistiwa. Sebuah tugu yang menandakan khatulistiwa itu dikenali oleh orang tempatan sebagai la mitad del mundo (pusat dunia).

Disebabkan ketinggian dan lokasinya, iklim Quito sederhana hingga dingin dan adalah lebih kurang tekal pada sepanjang tahun. Suhu tinggi Quito biasanya di sekitar 67°F (20°C) pada mana-mana satu hari, dan suhu rendahnya lebih kurang 49°F (10°C) pada waktu malam. Bandar raya ini mengalami hanya dua musim: musim panas (musim kering) dan musim sejuk (musim hujan).

Quito ialah bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk yang kedua terbanyak di Ecuador, iaitu selepas Guayaquil.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]