Ellen Johnson Sirleaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ellen Johnson Sirleaf
Ellen Johnson Sirleaf

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
16 Januari 2006
Didahului oleh Gyude Bryant

Tarikh lahir 29 Oktober 1938 (75 tahun)
Tempat lahir Monrovia, Liberia
Parti politik Parti Unity
Alma mater Universiti Colorado, Boulder
Universiti Wisconsin, Madison
Universiti Harvard
Profesion Ahli ekonomi
Ahli perniagaan
Aktivis
Agama Methodisme

Ellen Johnson Sirleaf (lahir 29 Oktober 1938) ialah Presiden ke-24 dan terkini Liberia. Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan di bawah Presiden William Tolbert dari 1979 hingga rampasan kuasa 1980, apabila beliau meninggalkan Liberia dan memegang beberapa jawatan kanan di pelbagai institusi kewangan. Sekembalinya ke Liberia, beliau bertanding menjadi presiden pada pilihan raya 1997 namun kalah teruk. Seterusnya, beliau bertanding sekali lagi pada pilihan raya 2005 dan berjaya, mengangkat sumpah pada 16 Januari 2006. Sirleaf merupakan ketua negara pertama dan tunggal wanita di Afrika kini.

Sirleaf dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2011, bersama-sama Leymah Gbowee dari Liberia dan Tawakel Karman dari Yaman. Wanita-wanita ini diiktiraf "untuk perjuangan tanpa kekerasan mereka demi keselamatan wanita dan untuk hak wanita menyertai secara menyeluruh usaha pembangunan keamanan."[1] Bagaimanapun, ini menimbulkan kontroversi di Liberia kerana ia telah ditafsirkan pengkritik politik Sirleaf sebagai memberi "kelebihan tidak adil" bagi pilihan raya 2011 yang mendatang, yang dijadualkan pada 11 Oktober 2011. Ternyata beliau berjaya mempertahankan jawatannya dalam pusingan kedua pada 8 November, menewaskan Winston Tubman. Pengikut Tubman bagaimanapun memboikot pusingan tersebut, membenarkan Sirleaf menang dengan mendapat 90.7% undi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Gyude Bryant
Presiden Liberia
2006–kini
Pemegang jawatan kini
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Liu Xiaobo
Penerima Hadiah Keamanan Nobel
2011
Berkhidmat bersama: Leymah Gbowee, Tawakel Karman
Pemegang jawatan kini