Liu Xiaobo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Liu (劉/刘).
Liu Xiaobo
刘晓波
Kelahiran 28 Disember 1955 (58 tahun)
Changchun, Jilin, China
Warganegara China
Pusat pendidikan Universiti Jilin
Beijing Normal University
Pekerjaan Penulis, pengulas politik, aktivis hak asasi manusia
Pasangan Liu Xia
Anugerah Templat:Awd
Liu Xiaobo
Cina Ringkas:

Cina Tradisional:

Liu Xiaobo (sebutan: [ljǒʊ ɕjɑ̀ʊpɔ́]; lahir pada 28 Disember 1955) adalah seorang pengkritik sastera, penulis dan aktivis hak asasi manusia Cina di China dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010. Dia kini dalam penjara sebgai seorang tahanan politik di Republik Rakyat China.

Dia berkhidmat sebagai Presiden Independent Chinese PEN Center sejak 2003. Pada 8 Disember 2008, Liu ditahan kerana penyertaannya dengan manifesto Charter 08. Dia secara rasmi ditangkap pada 23 Jun 2009, dengan disyaki "menghasut subversi terhadap kuasa negara."[1][2] Dia telah dibicarakan pada dakwaan yang sama pada 23 Disember 2009,[3] dan dihukum penjara sebelas tahun dan perlucutan dua tahun hak politik pada 25 Disember 2009.[4]

Semasa di penjara, dia telah diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010 pada 8 Oktober 2010 untuk "perjuangan tanpa kekerasan dan lama untuk hak asasi manusia di China."[5][6] Beliau merupakan warganegara China pertama dianugerahkan Hadiah Nobel yang menetap di China.[7] Dia merupakan orang ketiga diberikan Hadiah Keamanan Nobel ketika dalam penjara atau tahanan, selepas Carl von Ossietzky di Jerman (1935) dan Aung San Suu Kyi di Myanmar (1991). Liu merupakan orang pertama tidak mempunyai seorang wakil pun untuk menerima hadiah Nobel tersebut pada 10 Disember.[8][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Benjamin Kang Lim, China's top dissident arrested for subversion, Reuters, 24 Jun 2009.
  2. "刘晓波因涉嫌煽动颠覆国家政权罪被依法逮捕" (Liu Xiaobo Formally Arrested on 'Suspicion of Inciting Subversion of State Power' Charges), China Review News, 24 Jun 2009.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan canyu tidak disediakan
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan judg tidak disediakan
  5. The Nobel Peace Prize 2010 - Prize Announcement, Nobel Prize, 8 Oktober 2010 
  6. "劉曉波獲諾貝爾和平獎 (Liu Xiaobo won the Nobel Peace Prize)", RTHK, 8 Ockober 2010 
  7. Julia Lovell (9 Oktober 2010). "Beijing values the Nobels. That's why this hurts". The Independent (UK: Independent Print Limited). Diperolehi pada 9 Oktober 2010. 
  8. Henley, Jon (10 Disember 2010) "A chair and a photo stand in for Liu Xiaobo at Nobel peace prize ceremony", The Guardian (UK)
  9. "China anger at 'farce' of Liu Xiaobo Nobel Peace Prize", BBC News, 10 Disember 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Barack Obama
Penerima Hadiah Keamanan Nobel
2010
Pemegang jawatan kini