Emo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Emocore
Asalan gaya Punk hardcore, rock indie, rock alternatif
Asalan budaya Pertengahan 1980-an, Washington, D.C.
Instrumen biasa Vokal -Gitar utama dan ritma - Bes - Dram
Campuran genre
Post-hardcore - Screamo
Latar serantau
Emo Midwestern

Emo atau emocore merupakan salah satu subgenre punk hardcore yang bermula pada penghujung tahun 1980-an. Band yang sering dikatakan mula-mula membawa genre ini adalah band hardcore Rites of Spring dan Embrace yang merupakan band-band dari scene DC.

Kemudiannya pada pertengahan 1990-an, istilah emo mula digunakan untuk merujuk scene indie yang terpengaruh dengan bunyi Fugazi. Band-band ini mempunyai bunyi emo yang berstail rock indie, lebih melodik dan kurang onar. Antara band-band awal dalam scene ini adalah Sunny Day Real Estate dan Texas Is The Reason.

Emo sering disalah labelkan untuk band-band mainstream seperti Bullets For My Valentine, Avenged Sevenfold dan sebagainya kerana mempunyai bunyian yang hampir serupa. Band-band seperti My Chemical Romance dan Fall Out Boy juga disalah ertikan sebagai emo kerana penampilan mereka iaitu mempunyai fashion dan stail rambut budak emo.

Di Malaysia, wujud emo rock, emo punk dan sebagainya walaupun sebenarnya genre itu tidak pernah wujud dalam scene emo yang sebenar. Sebenarnya cuma ada emo (emotive hardcore) dan satu bentuk emo yang lebih onar iaitu screamo. Emo rock dan emo punk mungkin wujud disebabkan pengaruh media dan salah faham seperti yang telah dinyatakan di atas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.