Enjin Genesis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enjin Genesis adalah enjin motosikal yang direka oleh Yamaha Motor Corporation, mula diperkenalkan pada Yamaha FZ750 model tahun 1984.

Enjin ini menggunakan reka bentuk DOHC serta menggunakan lima injap sesilinder dengan barisan silinder dicondongkan 45 darjah ke hadapan. Ia menggunakan karburetor luruan ke bawah berbanding karburetor jenis luruan tepi yang lazim digunakan oleh motosikal pada masa tersebut.

Selama lebih dua puluh tahun sehinggalah ke model tahun 2007, Yamaha YZF-R1 menggunakan reka bentuk 5 injap sesilinder serta sistem masukan luruan ke bawah.