Enrique Peña Nieto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Enrique Peña Nieto
Enrique Peña Nieto

Peña Nieto di Forum Ekonomi Dunia Amerika Latin (2010)


Mula berkhidmat
1 Disember 2012
Menggantikan Felipe Calderón

Tempoh berjawat
16 September 2005 – 15 September 2011
Didahului oleh Arturo Montiel
Digantikan oleh Eruviel Ávila Villegas

Tarikh lahir 20 Julai 1966 (47 tahun)
Tempat lahir Atlacomulco, Mexico
Parti politik Parti Revolusi Institusi (PRI)
Pasangan Mónica Pretelini Sáenz (1993–2007)
Angélica Rivera (2010–kini)
Anak Paulina
Alejandro
Nicole
2 luar nikah
Alma mater Universidad Panamericana
ITESM Campus Estado de México

Enrique Peña Nieto (Sebutan Sepanyol: [enˈrike ˈpeɲa ˈnjeto]; lahir 20 Julai 1966) ialah bakal Presiden Mexico.[1] Beliau merupakan anggota Parti Revolusi Institusi (PRI) dan bekas gabenor wilayah Mexico dari 2005 hingga 2011.[2] Empat hari selepas meninggalkan jawatan sebagai gabenor, Peña Nieto mengumumkan pencalonannya sebagai presiden pada September 2011,[3] lalu mendaftar secara rasmi pada bulan November.[4]

Dalam pilihan raya Julai 2012, Peña Nieto muncul pemenang, namun cuma dengan 38% undi dan tanpa majoriti perundangan. Ini menandakan kembalinya PRI ke tampuk kuasa selepas hiatus 12-tahun,[5] parti yang telah memerintah Mexico selama 71 tahun berturut-turut sebelum ditewaskan Parti Tindakan Nasional (PAN) pada 2000.[6][7]

Kekalahan PAN, yang gagal meluluskan pembaharuan kerana tidak mendapat majoriti kongres, bersama idea yang PRI "tahu mentadbir" dan menguruskan hal kartel dadah, cukup menambat hati pengundi untuk menyokong Peña Nieto.[8] Di sepanjang pilihan raya, beliau mengekalkan jurang di hadapan dalam tinjauan suara.[9] Pengumuman Peña Nieto sebagai bakal Presiden diisytiharkan sah oleh Institut Pilihan Raya Persekutuan pada awal September.[10] Beliau akan mengambil alih jawatan pada 1 Disember 2012 menggantikan Felipe Calderón sebagai Presiden Mexico.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laurent Thomet. "Mexico's Pena Nieto declared president, rival calls rally", 31 Ogos 2012. Dicapai pada 2 September 2012. 
  2. "Mexico election: Enrique Pena Nieto", 2 Julai 2012. Dicapai pada 17 Julai 2012. 
  3. "Mexico's 2012 Presidential Favorite Announces Candidacy", 21 September 2011. Dicapai pada 17 Julai 2012. 
  4. "Pena Nieto confirms Mexico 2012 presidential bid", 28 November 2011. Dicapai pada 17 Julai 2012. 
  5. "Enrique Pena Nieto wins Mexican presidential election", 2 Julai 2012. Dicapai pada 17 Julai 2012. 
  6. Dave Graham. "Enrique Pena Nieto, the new face of Mexico's old rulers", 2 Julai 2012. Dicapai pada 17 Julai 2012. 
  7. Pamela K. Star. "Enrique Peña Nieto: Mexico's new face", 6 Julai 2012. Dicapai pada 17 Julai 2012. 
  8. Anahi Rama. "UPDATE 4-Mexico's Pena Nieto to push for quick reforms", 2 Julai 2012. Dicapai pada 18 Julai 2012. 
  9. Mica Rosenberg. "Mexico's Pena Nieto with big poll lead before election", 26 Jun 2012. Dicapai pada 18 Julai 2012. 
  10. "About Us". Electoral Tribunal of the Federal Judicial Branch. http://portal.te.gob.mx/en/contenido/about-us. Capaian 20 Julai 2012. 
  11. Michael O'Boyle. "Mexican electoral officials confirm Pena Nieto win", 8 Julai 2012. Dicapai pada 17 Julai 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Arturo Montiel
Gabenor wilayah Mexico
2005–2011
Diikuti oleh:
Eruviel Ávila Villegas
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Roberto Madrazo
Calon Parti Revolusi Institusi sebagai Presiden Mexico
2012
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Felipe Calderón

Bakal Presiden Mexico

2012–kini
Pemegang jawatan kini