Eric Mabius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eric Mabius
Eric Mabius.jpg
Kelahiran Eric Harry Timothy Mabius
22 April 1971 (43 tahun)
Tinggi 6' (1.83 m)
Pasangan Ivy Sherman (2006 - kini) 1 anak

Eric Harry Timothy Mabius ( Eric Mabius ) dilahir pada 21 April 1971 di Harrisburg, Pennysylvania. Pelakon yang mempunyai susur galur dari keturunan Ireland, Austria dan Poland ini telah berkahwin pada Januari 2006 di New Orleans. Sebelum bergelar pelakon, Eric merupakan pelajar Sarah Lawrence College. Kerjayanya bermula sedari tahun 1995 apabila di terlibat dalam “Welcome to the Dollhouse” yang turut dibintagi oleh Heather Matarozzo sebelum melibatkan diri dalam “I Shot Andy Warhol’ pada 1996. Filem terbesar dan juga sekaligus telah membuka mata masyarakat ialah “Resident Evil”.

Dalam bidang lakonan TV, pada tahun 2005 beliau pernah menjadi salah seorang pelakon untuk drama siri The O.C dan sebelum itu menjadi undangan untuk “The L Word" (musim pertama, 2004) dan diikuti untuk satu episod untuk musim berikutnya (musim ke-2 dan ke-3). Kerjayanya semakin menyinar apabila ditawarkan memegang watak hero dalam drama bersiri komedi, “Ugly Betty” yang diadaptasikan menerusi telenovela, “Yo soy Betty, la Fea”. Menerusi “Ugly Betty” beliau digandingkan bersama America Ferrera (sebagai “Betty Suarez”) dan memegang watak “Daniel Meade” iaitu editor majalah fesyen terkemuka AS, Mode dan juga seorang lelaki yang kacak serta diminati ramai perempuan.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Drama bersiri (TV)[sunting | sunting sumber]

”Ugly Betty”

Filem[sunting | sunting sumber]

Resident Evil
  • Voodoo Moon (2006) Cole
  • Venice Underground (2005) Danny
  • Reeker (2005) Radford
  • Resident Evil: Apocalypse (2004) Matt Addison
  • The Extreme Team (2003) Darby
  • Just Like You Imagined (2003) Gender Shifter
  • Dancing at the Harvest Moon (2002) (TV) John Keats
  • Resident Evil (2002) Matt Addison
  • On the Borderline (2001) Luke
  • Tempted (2001) Ted
  • Popular (2001) Coach Krupps
  • The Crow: Salvation (2000) Alex Corvis/The Crow
  • Wirey Spindell (2000) Wirey, age 17
  • Around the Fire (1999) Andrew
  • Cruel Intentions (1999) Greg McConnell
  • Splendor (1999) Ernest
  • The Minus Man (1999) Gene Panich
  • Myth America (1998)
  • Lawn Dogs (1997) Sean
  • Black Circle Boys (1997) Shane Carver
  • On Seventh Avenue (1996) (TV) Bass Player
  • Harvest of Fire (1996) (TV) Sam Hostetler
  • I Shot Andy Warhol (1996) Revolutionary No. 2
  • A Gun for Jennifer (1996) (as Eric H.T. Mabius) Bar Patron 2/Clyde's Sidekick
  • The Journey of August King (1995) Hal Wright
  • Welcome to the Dollhouse (1995) Steve Rodgers ... aka Middle Child

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Gemarkan kesempurnaan & privasi
  • Mengambil jurusan yang berkaitan filem, tarian dan ukiran
  • Nama timbangannya adalah “Da Mabes”
  • Mempunyai ketinggian 183cm atau 6 kaki.
  • Isterinya, Ivy Sherman merupakan pereka dalaman
  • Beliau dan isterinya bertemu buat pertama kali sewaktu kelas pendidikan seks
  • Mempunyai seorang anak lelaki, Maxfield Elliot, hasil perkongsian hidup dengan isterinya. Maxfield Elliot dilahirkan pada musim panas tahun 2006
  • Dicalonkan antara lelaki terseksi oleh Majalah People (27 November 2006) dalam isu “Sexiest TV Editor-In-Chief”
  • Pernah gagal dalam ujibakat untuk watak Funboy menerusi filem “The Crow:Salvation” dan watak itu jatuh kepada Michael Massee.
  • Pernah muncul dalam majalah Sassy pada November 1996
  • Menyebut nama akhirnya (Mabius) adalah “MAY-bee-us”
  • Dia hidup berpindah-randah sewaktu kecil.
  • Tidak suka menghadirkan diri ke majlis yang dianjurkan oleh jurugambar dari majalah tabloid
menerusi “Around The Fire”
  • Pernah memegang watak sebagai pemain futbal yang mempunyai kecenderungan terhadap kaum sejenis (gay) dalam “Cruel Intentions
  • Menyukai “mustard”
  • Pernah terlibat dalam pementasan teater “Romeo & Juliet” di sekolahnya dengan memegang watak Paris.
  • Mengikat tali pertunangannya dengan isterinya selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mengahwini Ivy
  • Gurunya, John Warthen, menilai beliau kerana semangat dan bakatnya.
  • Pernah melibatkan diri dalam ujibakat “Scream 2” (1997)
  • Pernah bekerja sebagai tukang khidmat bilik di Hotel Paramount di New York.
  • Merupakan atlit di sekolah tingginya.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]