Januari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Januari merupakan bulan pertama dalam setahun dikira dalam takwim Gregorius. Bulan ini mempunyai 31 hari.

Bulan ini rata-rata merupakan bulan terdingin sepanjang tahun dalam sebahagian besar hemisfera utara (sebagai bulan kedua musim sejuk) dan bulan terpanas sepanjang tahun dalam sebajagian besar Hemisfera Selatan (sebagai bulan kedua musim panas). Di belahan bumi Selatan. Januari bermula pada hari yang sama dengan bulan Oktober pada tahun biasa dan bulan April dan Julai pada tahun lompat.

Hari pertama bulan ini, 1 Januari disambut sebagai Hari Tahun Baru merupakan cuti am di kebanyakan negara termasuk alam Nusantara.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

"Januari" menyerap bahasa Latin iaitu Ianuarius terbitan nama Ianus iaitu dewa pintu, permulaan dan peralihan dipercayai masyarakat Rom purba;[1] nama dewa ini turut merupakan akar asal perkataan "jendela" melalui perkaitan dengan janua, "pintu" memunculkan kata terbitan januella "pintu kecil" yang diturunkan kepada bahasa Portugis sebagai janela terserap ke dalam bahasa Melayu.[2][3]

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand seperti Pattani dan Menara menggunakan nama "Makarakom" (Jawi: مكراكوم, menyerap Bahasa Thai: มกราคม mákàraa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Kambing Duyung dilambangkan makhluk makara.

Pentarikhan[sunting | sunting sumber]

Bulan ini mula diwujudkan berikutan pengubahan takwim Romawi asal yang terdiri dari 10 bulan 304 hari sebelum dipercayai ditambahkan dua bulan baharu termasuk bulan ini serta Februari sambil menggantikan Mac sebagai bulan penghulu oleh Romulus pada 713 SM.

Theodor Mommsen[4] mencatatkan bahawa penghulu tahun takwim Rom ditetapkan pada 1 Januari pada 600 AUC (bersamaan 153 SM) akibat kejadian di Perang Lusitania di mana seorang panglima Lusitania bernama Punicus menyerbu wilayah Romawi, mengalahkan dua gabenor serta membunuh pasukan tentera mereka, maka pihak Senat memutuskan mengirim konsul ke Hispania yang dijawatkan "dua bulan setengah sebelum waktu rasmi" (yakni 15 Mac).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Why does the year start on January 1". Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2019. Dicapai pada 6 September 2019.
  2. ^ da Costa, João Nogueira (27 Mac 2020). "Janelas da Europa". Ciberdúvidas da Língua Portuguesa. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  3. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 180.
  4. ^ The History of Rome, volume 4, The Revolution, ISBN 1-4353-4597-5, page 4

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.