Erysha Emyra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erysha Emyra
Kelahiran
Nur Erysha Emyra binti Zakaria

(1999-12-01) 1 Disember 1999 (umur 24)
PendidikanJurusan Perakaunan
Pusat pendidikanInstitut Aminuddin Baki (IAB)
Pekerjaan
Tahun aktif2022–kini
Ibu bapa
Saudara
  • Naveer Mihshon (abang)
  • Nazeer Danish (adik)
  • Siti Hajaar Sheikh Nordin (kakak tiri)
  • Dato' Rosman Ridzwan (bapa tiri)
  • Dato' Sri Dr. Sheikh Nordin bin Sheikh Ahmad (bapa tiri)

Nur Erysha Emyra Zakaria (lahir 1 Disember 1999) ialah seorang pelakon, model dan personaliti media sosial wanita Malaysia. Beliau juga ialah anak kepada pelakon, Noniswara. Beliau mula dikenali dengan melakonkan watak sebagai Wardah dalam drama Perempuan Itu dan sebagai Chinta dalam drama Chinta Wrong Direction (2023).[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, Noniswara, Erysha memulakan kerjaya lakonan sejak tahun 2022 dengan membintangi drama Perempuan Itu arahan Ain Sharif dan Isma Yusoof dengan memegang watak sebagai Wardah.[3] Selepas Perempuan Itu, Erysha sekali lagi menjadi tumpuan apabila membintangi drama Chinta Wrong Direction lakonan bersama Hun Haqeem dengan memegang watak sebagai Chinta.[4][5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik kepada ibunya, Noniswara dan bapanya, Zakaria Rahman.[6]Beliau ialah pelajar jurusan Perakaunan di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur (SAB).[7]

Pada 1 November 2023, Erysha mengalami detik cemas apabila kereta Mini Cooper dipandunya terbakar secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Beliau sempat menyelamatkan dirinya tanpa mengalami sebarang kecederaan.[8][9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Perempuan Itu Wardah Tonton Drama pertama
Chinta Wrong Direction Chinta Astro Ria
Dara and The Gang Busu TV3
2024 Hero Seorang Cinderella 2 Shasha Astro Ria
Cinta Untuk Sekali Lagi Anne Dahlia

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Challenge Accepted Fatimah Astro Ria Telefilem pertama
Baby-Sita Aisyah Astro Warna
2024 Chinta Wrong Direction Raya Chinta Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Sepahtu Reunion Live Dariya Astro Warna Episod: "Ayahku, Heroku!"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph (31 Julai 2023). "Aura seorang bintang". Harian Metro. Dicapai pada 18 November 2023.
  2. ^ Nor Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (31 Julai 2023). "Erysha Emyra 'kabel kencang', anak Noniswara". Kosmo!. Dicapai pada 19 November 2023.}
  3. ^ Wafa Awla (21 Julai 2023). "Populariti mengejut Erysha Emyra". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 November 2023.
  4. ^ Izwan Isa (1 Julai 2023). "Hun Haqeem & Erysha Emyra kupas makna cinta dam Chinta Wrong Direction". Astro Gempak. Dicapai pada 6 Julai 2023.
  5. ^ Wafa Awla (13 Julai 2023). "Syukur pasangan saya Hun Haqeem – Erysha Emyra". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 November 2023.
  6. ^ Ermi Shuzila Mohammad (1 Julai 2020). "Wajah Anak Dara DATIN SRI NONISWARA Di Usia 22 Tahun. Ibu, Anak Sama Cantik!". Nona. Dicapai pada 19 November 2023.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (16 Mac 2017). "Anak Noniswara cemerlang dalam SPM". Berita Harian. Dicapai pada 19 November 2023.
  8. ^ "'Mujur saya sempat keluar' - Erysha Emyra panik, kereta terbakar di lebuh raya". Astro Awani. 2 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  9. ^ Najiy Jefri (2 November 2023). "Kereta tiba-tiba terbakar, mujur Erysha Emyra sempat keluar". Harian Metro. Dicapai pada 19 November 2023.
  10. ^ Nur Syamimi (2 November 2023). "Mini Cooper Anak Noniswara Hangus Terbakar, Erysha Emyra Bersyukur Selamat". The Vocket. Dicapai pada 19 November 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]